TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2010-05-17

Aku SAMPAH ! Kamu MULIA !

Semua orang pada satu ketika dalam hidupnya, pernah bermimpi untuk menjadi seorang yang istimewa dan seorang yang penting. Siapa yang tidak pernah mahu menjadi juara, dan berapa kali kita berharap untuk punya harta menggunung, menjadi seorang yang kaya dengan kejayaan dan sentiasa bahagia dalam perhubungan .

Seringkali kita bermimpi dengan angan-angan yang besar dan punya aspirasi mengenainya. Tetapi impian itu hanya tetap satu mimpi, dan aspirasi seperti debu-debu yang berterbangan... tinggal harapan.

Inilah saat-saat yang perit dalam hidup kita. Apabila kita telah menyedari bahawa kita telah terjebak dalam rutin-rutin hidup berulang, dari hari ke hari berganti ke bulan dan tahun. Membosankan! Hidup hanya untuk kekal wujud...

Tetapi kamu tahu atau tidak? Hidup akan lebih bererti jika kita meletakkan sasaran dalam hidup... setinggi mana? Itu urusan akal dan hati...hidup perlu ada MISI 

Mustahil lah! ya... itulah slogan bagi mereka yang berputus asa. Sering ditokok tambah pada fikiran kata-kata seperti, "Aku tidak dapat melakukannya", "Susah ni", "Tak ada siapa pun yang dapat lakukannya". Jika semua orang punya cara berfikir sebegitu, maka kita sebagai manusia tak akan berada di kedudukan kita sekarang ini. Hidup dalam dunia serba maju dan berteknologi, kerana adanya inovasi dan mereka yang menggunakan akal.

Qada dan Qadar ? Semua itu ketentuan Tuhan... Kata-kata sarkastik dan mulia dari mereka yang bijak pandai. Menyerah kalah sebelum berjuang. Setelah kita punya mimpi dan cita-cita, susuli ia dengan usaha dan doa. Usaha bukan sekadar sekali dan terus pasrah, kerana tak ada siapa yang tahu apa yang tercatat di Loh Mahfuz melainkan Yang Esa... 

p/s: Sila jangan buang SAMPAH merata-rata, kerana SAMPAH itu juga bakal menjadikan kamu merana di kemudian hari. Bencana alam, luka , berpenyakit dan mati... pilih mana satu yang kamu mahu.

Hairan dengan manusia dari golongan 'langit-langit' sehinggalah yang datang tidak di undang... Sampah ditabur seperti menabur benih. Berada, Segak , Kacak , Lawa dan Cantik... pakej cukup lengkap, tetapi bila bab SAMPAH... jijik dan tak mahu ambil kisah. Mereka yang dari golongan 'beriman' tak tinggal solat tidak terkecuali... kamu juga manusia... tidak ada markah tambahan untuk membuang sampah merata tempat. Atau buku pahala kamu sudah tebal dengan banyak amalam... ala...tak kisahlah... 

Kalau ada hukuman mati atau tembak untuk kesalahan membuang sampah merata tempat... 
aku akan SOKONG! (tidak mustahil... dalam masa akan datang)

(panjang dan emosi la plak...hahaha) ~_^

8 KomeN pada :“ Aku SAMPAH ! Kamu MULIA ! ”

so moral of the story? jangan buang sampah merata2?? hahahahaha... dulu ramai cikgu cakap i ni murid sampah.. skng dah kena makan sumpah.. i rasa i mcm sampah je skng.

sakit jiwa dengan warga asing yang tinggal berhampiran rumah aku. tak reti buang sampah kat tong sampah. nak kata lori sampah tak amik, depa amik 2 hari sekali. tapi still nak jugak buang tepi jalan dan dalam parit. abis sumbat

kalau hujan .. stop xyah bayangkan

benci2 kalu ade org tak bertanggungjawab main cmpak je sampah merata2! pastu kite gak yang merana nanti :(

Paling nyampah ngan drebar-drebar yg buang sampah ikut tingkap. Jangan lagi didenda derang nih..kasi denda pungut sampah satu minggu ka..dua minggu ka..lagi berkesan!

Sheila~ya baa, macam double entry plak aku ni..hahaha, Cikgu yang emo tu... takpe, sampah pun bleh recycle gak... ~_^

Wanie~Golongan yang camni yang kadang buat penyakit, dan ada gak spesies yang bila dah bermasalah, mulalah nak hubungi Karam Sing Walia...aduan rakyat lah... sebenarnya benda tu simple... gotong royong dan kesedaran sivik/fizik...hehehe

Alyssa~ yup, mungkin dorang datang dari planet lain, tak kisahlah kalau bumi tempat durang tinggal ni kotor atau tercemar, dorang boleh balik planet asal bila2 masa... ceh...

HoneyBuzz~ yg tu pun kadang bikin tia siuk, drebar2 yg buang sampah kluar tingkap, padahal anak bini dalam kereta, bagi contoh yg tak baik... kalau orang keta depan buang sampah, lepas tu kena kita yang dibelakang kena... sure tak puas hati... ~_^

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin