TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2010-02-19

Buang 'Baby' Dalam Cenote !

entah apa nak jadi! Aku bengang bila dapat tahu tentang cerita sahih ni. Kalau ikutkan nafsu sangat dan tak terkawal, macam ni lah jadinya. Bila dah berani 'masuk' dan menyelam', terpesona dengan 'bukit' dan 'sungai', semua hendak diraba, tapi jangan sampai 'ranting' patah... ok! Berani buat, pandai-pandailah tanggung. Bila seronok semuanya indah, seperti syurga? biar betul... Tapi kalau ada kesempatan aku pun nak cuba ! benda baik mana boleh bagi lepas..

"Sayang... buang baby dalam Cenote Angelita, baby nak menyelam dan tengok 'sungai' di dasar tu" ... mungkin itulah ungkapan yang akan aku bisikkan ke telinga my sayang bila aku dapat sampai ke situ... hahaha

'SUNGAI' di dalam Cenote

Serius! memang menakjubkan bila korang menyelam dan nampak plak di dalam air tu, ada lagi sungai dan dahan-dahan pokok serta daun-daun yang gugur. Macam daratan yang ada sungai, superb! Gambar ni diambil oleh Anatoly Beloshchin, di air / tasik / kolam dalam gua di Cenote Angelita, Mexico. Eh.. ini bukan edit guna photoshop la sayang... real punya! baiekkkk punya!

Keindahan alam dasar Cenote, panorama menakjubkan. Itulah karya dan keindahan alam ciptaan Allah. Tuhan yang Esa. Seolah sungai yang mengalir deras, walhal ia berada di bawah tasik. Masa seperti terhenti, kebiruan tasik gua sungguh memukau. Satu dunia lain di bawah sana. Pada mulanya aku sendiri tak percaya, tapi selepas beberapa siri siasatan bersama Cik Google , maka benar... aku percaya

Ops... sebelum kamu teruja dan berkata yang bukan-bukan. 'Sungai' tersebut bukanlah air sungai, tetapi Hidrogen Sulfida (H2S) yang terperangkap di bawah air (H20). Hidrogen Sulfida ni berbau seperti telur busuk... Gas tersebut membentuk kabus di permukaan dasar tasik. Menarik kan... ~_^

Oh ya... rasa-rasanya kalau korang kentut dalam air bleh tak jadik camtu? gas terkumpul di dalam air, maka membentuk kabus2 ganjil di dalam air..hahaha

Sebelum tirai entry kali ni aku tutup.. baik korang tengok video ni... lawak dan menarik beb!

jumpa lagi sayang...


3 KomeN pada :“ Buang 'Baby' Dalam Cenote ! ”

kacak la....dalam laut ada sungai....

tkah~ sure best kalau dapat menyelam di situ.. tapi kena ada lesen menyelam plak tu..adei...

Fyena~ kacak gilak, sik bulak kamek tok.. ahaks...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin