TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    4 months ago

2010-02-13

Aku tengOk dia Lukis

Bakat dan hasil karya seni orang lain membuatkan aku gembira dan teruja. Kita orang Malaysia memang punya keupayaan serta bakat terpendam. Cuma laluan agak berliku.... birokrasi, politik, dominasi, dan kurangnya apresiasi oleh khalayak... bila ada yang berkarya dan cuba melebarkan sayap ke luar negara dan membelakangkan tanah tumpah tercinta maka akan dihambatlah dia dengan kata nista... kacang lupakan kulit atau tiada jati diri... aku cakap-hidup berkarya perlu apresiasi, upah dan habuan hasil titik peluh harus setimpal... untuk hidup, wang ringgit tetap menjadi bayang-bayang yang membuntuti... ngeri dan seram tapi itu kenyataan

Wah... luahan perasaan kali di atas tu..hahaha
Well well well... sebelum balik ke Sabah hari tu, aku sempat tawaf KLsentral, tengok2 dan ambil gambar. Peluang baik untuk snap snap gambar. Bila aku menuju ke arah KFC di tgkt 1, terlihat Syem Rajalawak di booth nya. Wow! aku suka tengok orang melukis. Memula tu aku segan ntuk ke mejanya tu. Tapi aku beranikan jugak diri...ahaks... bukan dia makan orang pun...

tup tup.. aku dah minta dia lukiskan muka aku dengan gaya ala2 Superman. Lukisan karikatur camni best owh... sambil2 dia melukis tu, sempat gaklah bertukar cerita dengan brader Syem tu. dan dapat lihat hasil2 karya dia yang lain... dia ni memang terer melukis tu beb...

dengan berkarya dia dapat hasil... untuk menampung belanja hidup...
orang seni pun makan nasik cam orang lain, so tak salah untuk dapat upah setimpal . Takkan nak suruh dorang makan Pen dan kertas lukisan plak... hahaha.

Contoh lukisan Syem menggunakan pensel, dia diberi gambar yang kurang jelas di sebelah kanan tu, then dia lukis dan memperhalusi lagi gambaran imej perempuan tua itu... fuh! chantek!


yup, tak banyak ntuk aku story mori kali ni, sebab nak bagi korang enjoy lukisan brader Syem ni.. kalau korang nak tengok website dia bleh lah jenguk syemrajalawak.com ...
Sempat gak tanya kartunis aka pelukis ni

"brader tak ada plan nak buat komik tak?" aku bertanya sambil tersengih...

"ada... dalam proses penghasilan sekarang ni" jawab Syem selamba sambil tangannya masih ligat mewarna lukisan karikatur wajah aku.

"Boleh saya tahu cerita tu tentang apa yeak? Cinta? Pendekar?" aku cuba mencungkil rahsia..

"Cerita robot... robot Malaysia" Syem masih tak menoleh ke arah aku...

"macam Transformer tu?" soalku sambil mengerutkan dahi...

"aa aaa.. " jawab Syem mengiyakan...

aku tak pasti kalau Syem bergurau atau serius...

Brrrrt~! Telefon aku bergetar dan berbunyi...panggilan dari seorang gadis...

"ko kat mana dah?" ... suara lunak di hujung talian bertanya...

"aku masih tempat Syem yang melukis ni" jawabku pantas, sambil tangan membelek-belek lukisan Syem yang lain.

"Aku dah sampai... mana kita nak jumpa?" gadis yang menghubungi aku bertanya...

Aku sedikit panik... "betul ker dia nak jumpa aku ni" bisik ku sendiri...

ahaks... nantikan sambungan kisah tu kat entri seterusnya...siapakah gadis yang bersuara lunak itu... adakah dia awek aku? adakah dia gadis misteri itu? adakah dia cinta hatiku? atau kekasih gelapku... atau... eh..berapa banyak atau daaa....

entry selanjutnya malam karang... kasi suspen dulu... hahaha

8 KomeN pada :“ Aku tengOk dia Lukis ”

sengal do...sape weh awek tu? aku titibe bace jadi saspen giler la plak! sape wehhhh??;p

oh anyway, syim tu..dari raja lawak. kenapa muka dia damn serious heh. he suppose to have cheer face laa. yang aku tgk muka dia macam muka nak makan orang weh..kalau aku pon agaknye takut nak suh dia lukis muke aku haha..

Che Neorul~ sapa yeak awek itu? hikhikhik...

serius muka dia ... ketat kan..hahaha, penat bah tu melukis...

org da best baca sal cita d bawh tu.. to be continue pulak.. huhu...
anyway.. best entri kw.. huhu..

Adiza~ ahaks.. akan masukkan entry selanjutnya tak lama lagi..hehehe

ku nak suruh dia lukis muka aku la pasnih
huhuhuhu

lukis..jangan tak lukis hans.. ahaks..

aku sllu kagum ngan pelukis2. bakat yg Tuhan bagi ni bukan smeue org ade woo. teruje!

kalo aku, lukis pic kucing jd semut.wakaka

Che Lizz~Yup, betul tu... hahaha... lukis kucing jadik semut, kalau camtu ko kena lukis semut ntuk jadik kucing..hahaha

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin