TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-09-11

Qamar Bani Hashim

Assalamualaikum

tak pasti sama ada sudah terlewat atau tidak , tapi aku nak jugak buat entry tentang drama bersiri Qamar Bani Hashim ( قمر-بني-هاشم ) yang disiarkan di Astro Oasis ( channel 106 ) pada jam 6 hingga 7 petang sempena bulan Ramadhan ni. Sementara menunggu waktu berbuka dan Isya' . aku akan tengok drama arab ni. Sebak dan tersentuh bila melihat perjuangan dan ketulusan para-para sahabat dan pengikut Rasullullah S.A.W. Ya, drama bersiri sepanjang 30 episod ini adalah biografi Nabi Muhammad S.A.W ( محمّد ) , dan dikatakan adaptasi daripada Sirah Nabawiyah. ( sila download PDF untuk membaca - Sirah Nabawiyah Versi Bahasa Melayu sumber http://www.syahrulnizam.com)

Jika ada yang megikuti siri ini , pasti rasa hendak menitiskan air mata ketika ada para sahabat dan muslimin yang seolah berbicara pada Rasullullah S.A.W dalam drama berbentuk sejarah ini. Hanya tongkat Rasullullah sahaja yang dilihatkan. Mesej dan tutur baginda disampaikan oleh para sahabat. Beberapa Suara sahabat Rasullullah yang tidak boleh di diwakili / dilakonkan juga dapat kita dengar .Setiap babak dan plot cerita telah dipastikan agar tidak menyeleweng dan berbeza dari fakta sejarah. Kepada yang mahir bahasa arab atau pelajar pelajar sekolah agama bolehlah menjadikan drama ni sebagai landasan untuk mempertajamkan tatabahasa dan nahu bahasa Arab , kalau yang tak mahir , jangan risau... ada sarikata bahasa melayu. Bertambah juga ilmu sejarah kita ... dan mengingatkan semula sebelum kita lupa...


Info berkenaan drama epik Qamar Bani Hashim :

Diarahkan oleh Sheikh Mohammed Najib , Skrip oleh Dr.Muhammad Abdul Karim diterbitkan oleh Rangkaian Satelit Sahor daripada Sudan. Drama sejarah bersiri ini memakan belanja lebih kurang 2 juta dollar dan juga melibatkan ramai pelakon drama Arab ( anggaran 210 orang ) antaranya dari Syria : Rashid Assaf , Assad , Bassem Yakhour , Jenny Asper , Nasreen Ali , Reem Al-hakim , dari Lebanon : Mahmoud Said , Ammar Shalak , dari Jordan , Akef , Abd.Al-Karim Qawasmi , Jamal Doba , dari Sudan , Mohammed Makki , Yasser Abdul Latif dan ramai lagi...

Tempoh penggambaran memakan masa selama 100 hari dengan kebanyakan rakaman di lakukan dalam Syria , untuk beberapa rakaman di kawasan lautan , hutan dan pasir beberapa lokasi dipilih seperti Latakia , Palmyra dan Damascus .

Drama ini mula disiarkan pada bulan Ramadhan di Negara - Negara Arab dan pada waktu itu Malaysia ( Astro ) juga dalam proses perbicangan untuk membawa drama ini kepada penonton-penonton di Malaysia.
Rashid Assaf sebagai Hamzah Abdul Mutalib aka Singa Allah "Asadullah"

kalau yang tak ada Astro , haaa... bolehlah tune in ke You Tube... search saja Qamar Bani Hashim...

p/s : sekiranya ada kesilapan fakta dan sumber ,
sila maklumkan utk pembetulan :) terima kasih...

ini lagu yang aku rasa sesuai ntuk didengar sempena ramadhan ni :) tak pasti sama ada ianya memang OST Animasi Saladin atau tidak . Tajuk lagu Adakah Kau Lupa dari Kumpulan Alarm Me

sumber-

13 KomeN pada :“ Qamar Bani Hashim ”

mantab aku sengan dengan tampilan dan konten yang anda punya

aku tengok cite ni. memang best!

Wiyono~
Terima kasih Wiyono :)
Salam dari Malaysia

LiZZ~
Best Kan !.. mengharukan

selalu je berhajat nak tengok citer ni.. tapi slalu je termiss nak tgk citer ni.. adeh..

remy, u tau cakap bahasa arab ke? dulu2 arab i failed huhuhuuh

Faarihin~
ada ulangan jam 2ptg dan 11.30 mlm :)

Ceh Neorul~
hahaha... tara pass la neorull..hehehe samalah kita failed

anta bikin ana fenin la fenin! *gaya P ramlee*

Che Neorul~
anta fenin kapala? kalau begitu ..mari kita makan ini kurma..hahaha

salam,
pihak utube daH buang cite qAMAR bani hashim cause diaorang kate ade unsur2 violention!!! so mereka dah reject dram tu
sekian,
Hafiy Afwan

Raddith~ Salam... yup, perkara tersebut telah sedia maklum, apa yang dimaksudkan ialah
"remove due to terms of violation"

video siri tersebut telah diupload tanpa mendapat kebenaran penerbit/pengeluar drama bersiri berkenaan. Setelah menerima aduan / laporan daripada pengeluar/syarikat berkenaan maka video siri tersebut dihentikan perkongsiannya di You Tube.

Ianya soal hakcipta dan karya kreatif yang berlesen. Tidak ada kena mengena dengan unsur sabotaj / irihati / hasad dengki / perkauman / keagamaan...

usah biarkan hati dibutakan dengan provokasi dan benci...

wassalam

oh ya... siaran ulangan masih ada di Astro Oasis...

usah sokong cetak rompak belilah yang original...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin