TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-09-09

KONFLIK , KONFRONTASI , KONSPIRASI



Konflik , konfrontasi atau konspirasi ? itulah yang melanda hubungan Indonesia dan Malaysia ketika ini . Isu kedaulatan Ambalat , tarian pendet , reog ponorogo , kain batik , rendang , tempe , lagu kebangsaan , angklung , keris dan isu jiplakan budaya ( ciplak / tiru ) dijadikan propaganda utama untuk konfrontasi dan demonstrasi. Laungan "Ganyang Malaysia" dan "Ganyang Malingsia". Jalur Gemilang dibakar dan dipijak . Orang Malaysia diugut untuk meninggalkan Indonesia . PANAS ! itulah situasi kritikal dua buah negara berjiran ini , jika tidak ditangani dengan cekap dan betul , PERANG menjadi pilihan mereka. Kaunter - kaunter pendaftaran sebagai sukarelawan untuk memerangi Malaysia dibuka dan perusuh - perusuh 'melawat' Kedutaan Malaysia di sana. Stesyen TV dan Media Cetak di Indonesia mengolah dan merencanakan isu itu dengan penuh drama serta provokasi. Di laman sesawang , kata cacian dan makian menjadi menu utama dan servis bertukar tangan, walhal kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Apa reaksi kita ? Apa yang perlu kita lakukan ? membalas ? bakar bendera mereka ? pergi kedutaan mereka dan merusuh ? menahan semua rakyat Indonesia di jalanan dan ugut mereka untuk keluar dari Malaysia dengan buluh runcing ?.. TIDAK ! itu bukan kita , kita tidak mudah melatah dan kekerasan serta konfrontasi bukan cara kita . Walau pun ada di antara kita yang sudah berjinak - jinak dengan fahaman begitu dek hambatan kepercayaan politik yang menenggelami kepercayaan keharmonian agama.

MEMBENCI ? jangan , kerana itu akan menyuntik lagi semangat nasionalis yang buta dengan alasan perjuangan yang rapuh. Musyawarah itulah langkah untuk menghalusi serta menyelesaikan ideologi "Ganyang" yang berputik seawal 1962 sebelum pembentukan Malaysia . Seolah nyalaan obor benci itu tidak pernah padam , malah semakin hangat membara kerana simbahan konflik remeh yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam suasana harmoni.

Usah biarkan konspirasi memecah - belahkan wilayah serumpun kita . Kolaborasi kita boleh menjadi kuasa hebat di dunia dari segi politik , ekonomi dan sosial .

lagu "Rasa Sayang" juga menjadi isu... di manakah "sayang" itu... ?
Tidak perlu untuk aku mencoretkan semua 'calar' yang mengguris hati itu..
baca dan jejaki sumber ini

sumber bacaan-

http://www.malingsia.com - Pro Indonesia

dan korek saja di You Tube tentang " Malingsia " , " Mamula Moon " , " Lekka Lekka Pinda Pinda " , "Dari Sabang Sampai Marauke" dan banyak lagi... jika buta hati , pasti terjebak dengan benci.. dan sakit hati. Hati memang terguris dan tersentuh , tapi bukan itu alasan untuk berkelahi.

sumber karikatur - inilah.com

Jangan biarkan diri mudah terhasut dan terpengaruh dengan provokasi.

di Ramadhan yang mulia ini ayuhlah kita bermuhasabah diri .

p/s: ahaks.. cam serius plak.. penulisan ni sebenarnya aku copy jak dari blog CoretConteng aku , yang memang khas untuk penggunaan bahasa Melayu yang lebih serius. Selamat 3 kali 9 ! 09.09.09

16 KomeN pada :“ KONFLIK , KONFRONTASI , KONSPIRASI ”

aduhai~

aku tak faham kenapa nak gaduh2 ni~

menyakitkan hati saja~

kata serumpun~

adeh... gaduh gaduh tak habis habis... benda remeh temeh pun nak digaduhkan... alahai...

ZAra~
betul tu... terguris gak hati dan rasa lucu pun ada... cuba tengok dalam you tube...
sampai rendang dan tempe pun jadi isu jugak..alamak!

Adry~
Itu yang konpius tu brader ...
jiplak dan ciplak... menjadi mainan isu... tuduhan demi tuduhan.. kita tak kreatif la.. tak ada budaya lah.. tak ada seni lah...

apa laaa....

benda ni dh jadi semakin teruk skang.
ada org kita kat sana diugut bunuh dgn buluh runcing..

tangan Hitam~
tu yang tak tahan tu..

Tangan hitam??? (Terbaca di atas..;-p) kesiannn...

ok.. my comment........... SEDIH....mcm budak2 pulak... 'eh?? you pakai baju saya la, bagi balik!!!!!!'.. lepas tu tarik2 baju.... haiyaaaaaa.....

apa lah ngan indon ni.... LUCU lah kalau lihat 'perkara2' yg tidak di puas hati kan tu....

aku bab2 mende alah ni malas nk komen cuz aku tak sker woo. ntah ape2 nk gaduh2

buDakhUtan,
nk tnye,,nme ko spe ha??haha

niway,,n3 ni..
bgos la..sdar kan aku gak sbnr nye
tp,
yg plik nye..indonesia pnye alasan..
xreasonble lngsung.,
sje je wat isu kan..
kte xnmpk pon ape slah kte sbnrnye,,

saje je nk mnx kne maki free..
ryte?

Ai.. ai.. aii.. aku ndak paam apala yang indon tu dengki sangat dgn Malaysia ni.. macam2 label durang bagi sama Msia.

Malaysian pulak, biarkanlah anjing menyalak.. tak luak pun apa yg kita ada.

huh.sikit2 mahu gaduh.diorang nda pikir pulak orang diorang yg tinggal malaysia yang jadi pencuri.huh

Cath J~
Payah nak komen sebenarnya, karang tersilap cakap , tambah manas plak dorang...

LiZz~
tu la pasal... jangan melebihi batas dah... kita pun ada had jgak kan...hehehe

Ilham~
hehehe..blehlah pgl aku remy
alasan tu mgkin tak reasonable , tapi sampai nak claim semua... ermmm...
takkan nak korek buku sejarah dan baca semula Sulalatus Salatin ?

Dah namanya serumpun..so budaya dan adat tu..tak lari kemana... lagipun kan masyarakat majmuk..
kalau kita mcm jepun atau korea yang hanya satu bangsa ...tu lain kira lah kan...

911~
betul gak tu... biarlah dorang 'berteriak' dan 'menjerit' dengan 'olah' liar mereka... asalkan tak melibatkan pertumpahan darah ...cukup...

VidadariSakura~
tu yg nak ckp tu... kita tahan dan tangkap pendatang dari sana , lepas tu , bleh plak jadikan isu ntuk naikkan semangat nasionalis dorang..aiks... cakap kita kejam dan takda hati perut... erm...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin