TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-09-07

Jersi No Sepuluh 10

Siapa yang minat bola angkat tangan ! (ala..che adik-adik manis tu tak suka?) Kalau entri yg sebelum ni aku cerita tentang Qalesya , kali ni nak cerita tentang yang budak lelaki lucky minat plak.. BOLA SEPAK ! wah , aku amat teruja dengan dengan drama bersiri 10 di ASTRO Citra ni(aku tak di bayar untuk menulis entry ni tau..!) Apa yang tambah aku suka ialah teknik penggambaran dan kualiti video yang superb! macam betul2 tahun 80 an ooowh! Bila kali terakhir korang tengok drama tentang Sukan oleh penerbit kita ?

Aku suka dengam semangat kesukanan dan peribadi Riduan lakonan Beto Kusyairy. Watak tu amat sesuai dengan Beto , sebab dia pun memang minat main Futsal. Gaya dan kelincahan dia memang macam real ! Babak - babak perlawanan bola dalam cerita ni best ! waktu perlawanan Selangor menentang Singapura untuk merebut Piala Sultan... nampak meriah , asli dan menaikkan semangat . Cinta bola sepak ! Cerita macam nilah yang kita perlu untuk memartabatkan semula bola sepak negara. Penyuntik semangat kepada anak-anak muda generasi kini untuk 'bermain bola sepak' dengan penuh integriti dan bukan 'main sepak - sepak'

Semangat owhhh!

PLOT CERITA dalam slot Suatu Ketika di Astro CITRA:

Kisah perjuangan pasukan Selangor sekitar tahun 80-an yang mengejar impian untuk merampas kembali Piala Sultan yang telah dimenangi oleh Singapura. Kekalahan mengejutkan itu berpunca daripada beberapa pemain yang menjual permainan , dalam erti kata lain...di rasuah untuk kalah. Riduan (Beto Kusyairi) pemain selangor yang setia dan Harith (Norman Hakim) pengurus Selangor mengesyaki berlakunya kepincangan pasukan disebabkan rasuah itu.


Harith tekad untuk memecat separuh daripada pemain dan juga jurulatihnya kerana mahu membina semula pasukan Selangor yang bersih dan mempunyai jiwa bola yang kental untuk memenangi semula Piala Sultan. Riduan turut menyokong Harith.

Setelah gagal mendapatkan sokongan daripada beberapa pemain yang mereka jemput untuk menyarung jersi Selangor , mereka beralih kepada pemain-pemain muda daripada kampung dan estet. Adakah Harith dan pasukan barunya akan berjaya menjulang Piala Sultan? dan apakah lagi cabaran yang akan mereka hadapi? saksikan di TV berASTRO yang berdekatan dengan anda ... hehehe


pelakon:
Beto Kusyairi - Riduan (aku suka tengok cara dia berlakon.. berkesan !)
juga berlakon sebagai watak Rosli Dhoby dalam Slot Suatu Ketika - Warkah terakhir
lain-lain pelakon - Norman Hakim , Radhi Khalid , Anding Indrawani , Cheryl Samad , Intan Ladyana (kiut dia dlm citer ni...hehehe) dan ramai lagi
terbitan POPIAH PICTURES
(wah! bila aku pi website dorang..memang cool! dan ganjil... cuma tak update..ades..cuba korang masuk)

-----------------------------------

rasanya tak lengkap kalau tak cerita sedikit tentang Lagenda Bola Sepak Negara yang menjadi tunjang bagi jalan cerita 10 ni. Walaupun Astro ada nyatakan , cerita ni tak ada kaitan dengan siapa2..tapi pada asalnya idea itu bermula dari dia.. jersi no 10

(sila klik nama untuk ke link biodata beliau)

p/s :ayuh bangun pasukan Malaysia ! 2014 dan 2018 untuk layak ke Piala Dunia !

18 KomeN pada :“ Jersi No Sepuluh 10 ”

lagi sekali tutup mata ****aku takde astro*** hahahahaha..

dulu2 minat bola sebab pakwe minat bola.

bila dah kene tgal dgn pakwe, aku benci bola terus.

pergh makan dalam tuh!

NeoRul~yg ni belum ada yg upload kat utube..
owh..begitu ceritanya, sekarang ni single mingle lah yeak..
hehehe...
tapikan..bola tu tak bersalah...
kesian dia

bola tu tak bersalah ke? ops, salah tembak rupenye!

p/s: boleh ke liga malaysia masuk piala dunia..keh keh keh...

NeoRul~ pemain malaysia pun berbakat , cuma masalahnya , dari segi pemasaran liga bola sepak dan game tu sendiri...
nengok jipun dan korea...fuh...

haha tragis sungguh kisah neo
sampai benci bola terus

Fuh yoooooooooo.... geng selangor kah??? ;-p

hahahaa dulu aku bangun pagi makan megi dengan adik aku semata2 nak tengok bola.. tapi sekarang adik aku dah kahwin..

so tinggal sejartah je laa.. hahaha

Assalamualaikum Jungle Boy

Cite ni berape episod? Dah main berape episod? Ke sekali main terus abis?

Papa x ambik citra la...

Bola & lelaki x leh dipisahkan huhuhuhu...

laila~ tu la pasal, sadis ceritanya... aku dia dan bola..ahaks

CAthJ~ ya , yg cerita tu pasal selangor...
tapi sia Sukung Sabah ! ahaks.., cuma heran kenapa la bmasalah betul Sabah sekarang ni , teringat zaman kegemilangan musim2 dorang si Scott ollerenshaw , Matlan , Harun Laban , Yap Wai Loon dan lain2..lupa plak nama Goalkeeper sabah time tu.. yg india tu

Eyena~ wah minat bola tu :).. ala, tengok sesorang lah... best gak tu!

Adry~ setakat ni mcm best bro..

ZoNaN~ Wassalamualaikum
macam dah 4 episod tak silap saya... dia bersiri ni bro...
bola dan lelaki tak bleh dipisahkan...hehehe..

oh aku sangat malas meninguk tv.haha

NadNod~ ni sama kes cam Che Neorul ka ? hehehe...

VidadariSakura~ takpa2 ..biar tv tengok vidadari...hehehe

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin