TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-08-30

Yakjuj dan Makjuj


Assalamualaikum , salam Ramadhan dan salam 1Malaysia ...


Aku tertarik dengan artikel bertajuk 'Dajjal Pendusta Pembinasa Umat Islam' yang disediakan oleh che 'Neorul' aka 'si Lampu Neon' diblognya . Selesai membaca , aku teruskan lagi pencarian mencari artikel - artikel yang berkaitan dengannya. Sudah tentu kemunculan Dajjal ada kaitan dengan Hari Kiamat . Selain daripada Dajjal , beberapa lagi perkara akan berlaku . Di antaranya adalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj serta Dabbatul Ard ( makhluk yang berkata -kata ).

Sekiranya hendak dibuat huraian , memang panjanglah entri ini , kerana penjelasan mengenai kemunculan mereka bukan sahaja diterangkan didalam Al-Quran , tetapi juga melalui hadis - hadis serta kitab - kitab seperti Taurat dan Injil. Apabila ianya berkaitan dengan kiamat , hampir semua agama dan kepercayaan di dunia mengaitkannya dengan kemusnahan hebat alam dan kemunculan raksaksa atau makhluk luarbiasa yang akan memporak perandakan bumi .

Yakjuj dan Makjuj atau juga dikenali sebagai Gog dan Magog dikatakan telah dikurung oleh sekumpulan manusia yang di pimpin oleh Iskandar Zulkarnain di antara dua buah gunung dan dibina tembok bagi menghalang mereka daripada keluar. Terdapat pendapat yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj bukanlah setakat dua ekor makhluk tetapi merupakan satu spesies atau bangsa yang hebat , gagah , ganas dan kejam.

Pelbagai persoalan timbul bila berbicara dan berfikir tentang kejadian yang bakal berlaku ini. Artikel demi artikel aku baca dan berikut merupakan beberapa persoalan umum utama :-

1. Bilakah Yakjuj dan Makjuj akan muncul ?
2. Dimanakah letaknya benteng yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain ?
3. Bagaimanakah rupa bentuk mereka?
4. Siapakah Yakjuj dan Makjuj?

pada entri kali ini aku tidak mahu tergesa-gesa untuk menaip atau pun 'copy' dan 'paste' dari artikel- artikel yang dibaca. Biarlah kita sama - sama membaca dan membuat penilaian dari artikel - artikel tersebut. Mungkin setelah cukup pembacaan dan rujukan yang dibuat , aku akan membuat artikel khas berkaitan.

artikel - artikel berkaitan ( aku google ):-





dan banyak lagi sebenarnya ... apa kata kita berkongsi pendapat atau informasi mengenainya.

p/s: seronok untuk membaca dan belajar . Oh ya! bila berbicara soal ilmu , kita perlu bersikap terbuka dan tidak berat sebelah dari pelbagai aspek , terutamanya isu bangsa , agama dan kepercayaan politik...

9 KomeN pada :“ Yakjuj dan Makjuj ”

woit! aku cuak siut masa mule2 bace tajuk entry ko yg ni.huwaa!!

Assalamualaikum

Jungle Boy.. Papa suka info pasal n3 ni.. keep it update bro.. Klu ade pasal freemason pun papa suka..

Selamat Berpuasa & Berbuka...

nak nangis...=(..takot..dah bace dah..hurm, maknenye yakjuj dan makjuj ni telah dikurung bawah tanah ( seperti dalam alquran ) dalam tembok iskandar zulkarnain..yakjuj dan makjuj ni akan membinasakan bumi sama mcm dajjal..

well..takde sape ke pergi dekat tembok tu dan gali or kaji? takot la...=( nasib bek da semayang terawih..

Che LiZZ~ Ahaks, kan bulan ramadhan ni.. kena ada unsur keagamaan sket..hehehe

Zonan~Wassalam :) Insya Allah akan buat follow up ttg ni.. :) Salam ramadhan

Che Lampu~ cerita psal gali ni , dah baca tak yang yakjuj dan makjuj juga setiap hari menggali utk keluar... cuma belum di izinkan Tuhan...

slamat merdeka!!!
ngeee...

nice n3 brO!!
aku ske bnd2 yg cmnih...
kl xd org yg mngingat kan..
xd nye inisiatif nk cri artkl bkaitan nih..
thnx ye

IlhaM beckS~Salam merdeka bro!
Waktu di asrama skolah agama dulu pernah gak baca buku2 berkaitan ni... fuh , bila terbaca dari Che Neorul, teringat balik...

tak ada orang nak buat filem ttg ni ? hahaha

tajuk yg menarik tuk dikupas:):)

kalo bkesempatan bacalah sebuah buku ni tajuknya

"yakjuj dan makjuj: bencana disebalik gunung"

writer dy muhamad alexander & wisnu sasongko..

kite dlm proses nak baca buku tu..

kata org menarik isinya:):)

Tingkat kan iman,tingkatkan amal,, tak salah ada perasaan ingin tahu.. tp kdang2 apa yg kita cari kita tak jumpa bila kita xcari kita akan jumpa,, =)

CintaJihad~ Insya Allah nak mencari jika ke kedai buku nanti.. :) best ntuk cari ilmu

Ace~yup.. kena berpada juga..dan tak boleh terima bulat2... khuatir ada penyelewengan.. kaedahnya, baca banyak2 sumber utk mempelbagaikan maklumat ..ahaks

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin