TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2008-09-21

Lagenda Gunung Kinabalu - 1

From BUDAKHUTAN PHOTOBLOG



Salam Ramadhan dan salam kedamaian :)

Hari ni dah masuk hari ke 21 Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal pula menjelma ( mesti kamurang mood raya sudah ni kan..hehehe ). Ahaks, kali ni, budakhutan buka mau cerita tentang raya yang bakal menjelma, tetapi tentang Gunung Kinabalu... atau lebih tepat lagi mau cerita tentang Lagenda Gunung Kinabalu. Waktu tengok-tengok gambar yang pernah di amek di PC ni ( mo simpan dalam dvd ...backup..nanti hilang...huhuhu ), adalah nampak gambar gambar gunung Kinabalu yang budakhutan pernah amek. Jadi macam best plak rasanya kalau cerita tentang itu.



From BUDAKHUTAN



LAGENDA KADAZANDUSUN
Menurut lagenda atau mitos , dewa / tuhan Kinohiringan bersama pasangannya Umunsumundu telah mencipta bumi , Kinohiringan telah mencipta awan dan langit, tetapi langit dan awan yang diciptanya terlalu kecil berbanding bumi. Umunsumundu tidak mahu Kinohiringan berasa rendah diri, maka Umunsumundu telah mereka semula bumi dengan mengecilkannya, dan hasil dari pemampatan semula itu terjadinyalah Gunung Kinabalu



From BUDAKHUTAN



Ada juga kisah Kadazandusun yang menceritakan tentang Raja Gergasi yang bernama "Gayo Nakan" [big eater / kuat makan] tinggal di dasar gunung Kinabalu. Lama kelamaan rakyatnya rasa tertekan dan tidak lagi sanggup untuk membekalkan makan kepada raja mereka yang pelahap itu. Gayo Nakan mendengar rintihan mereka dan bersedia untuk berkorban demi kesejahteraan dan kesenangan mereka. Gayo Nakan pun menyuruh mereka untuk menanam dia di puncak gunung Kinabalu. Rakyat jelata yang tanpa berfikir panjang setuju dan beriya - iya untuk menanam Gayo Nakan. Mereka membawa peralatan - peralatan mereka dan berusaha dengan keras untuk membuat / korek lubang walhal usaha mereka sia-sia kerana batu dan permukaan gunung itu keras. Mereka sentiasa merungut dan hampir berputus asa.Sehinggalah Gayo Nakan melafazkan kata-kata sakti, maka tertanamlah dia sehingga paras bahu di puncak gunung Kinabalu . Raja Gergasi itu sempat berpesan kepada mereka, disebabkan oleh sikap mereka yang kurang sabar dan cepat merungut itu , mereka akan dilanda kemarau dan kebuluran. Gayo Nakan telah berjanji kepada mereka , bahawa dia akan menolong mereka di dalam peperangan. Setelah rasa bersalah dan menyesal , mereka telah melakukan upacara pengorbanan di kolam berdekatan puncak gunung


olahan semula- budakhutan

Wah, itulah dia, panjang jugak huraian dan cerita budakhutan ni. Seperti yang semua tahu , ada satu lagi lagenda yang biasa didengar / di baca berkenaan gunung Kinabalu ni... hehehe. Lain kali budakhutan cerita ...


From BUDAKHUTAN


budakhutan dan kawan-kawan...


bah, siapa siapa yang rasa mau naik gunug bolehlah dapat info daripada
KUAI / MELL F / SAN , dorang mau anjur naik gunung tu tahun depan bulan 2. Untuk maklumat lanjut, pigi jak tempat durang, kalau kalau masih buka offer... hehehe. Budakhutan mo tilik-tilik dulu ni bulih join ka tidak... :)

bah... Dendang Perantau Salam Di Aidilfitri ... Kotobian tadau...

11 KomeN pada :“ Lagenda Gunung Kinabalu - 1 ”

Wauw... wonderfull!!!! postingan yangmenghibur juga thanks ya....

:) cerita rakyat sabah.. :) nice one.. hehe.. ^_^ cerita lagi gia..~ lol

Assalamu'alaikum dik. Wah, bagus entri ni. Boleh memperkenalkan Lagenda dari Negeri di Bawah Bayu kepada orang ramai :)Gammbar-gambarnya pun cantik. Proud of you, bro! :)

Ada bakat jadi model juga ni. Jadi model tourism Malaysia. Hikhik.

Budhe : Wah, jauh datangnya ni, dari Qatar ya? terima kasih kerana sudi mampir... :)

BecK : hehehe...nanti sia kurik kurik lagi dia punya cerita aaa...lepas tu sia cerita lagi...

Puteri Ezza : Wassalam kak. Yup, itulah objektifnya..memperkenalkan negeriku yang terchenta ini ... ahaks...

bah, siapa siapa yang mo amek budakhutan jadi model..cepat2..nanti abes stok...hehehe

Cerita mu nih mmg bgs,,bg info kepada org luar huhu...

aq dah nek dah gunung tuh,,,uda ku tawan bah dia..

www.afeazd.co.cc

sangat santek gunung itu...
beta begitu teruja..
beta rasa ingin ke sabah la...

ui nak gunung ka..uina siok.....anyway thanx for the award k!!!!!

Afea: wah..ko sudah nek gunung kinabalu? best bah kan...

PGE46 :bah,datang saja bah...naik gunung... sijuk wooo

Princess : uinah..lama bah ko tia pi sini...ko betapa di gunung?

Salam kenal..

Wow.. nice pics... Love Gunung Kinabalu.. pride of Sabahan.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

to BH : HUhu mata jak yg best coz pemandangan yg cantik...tp kaki ku x best sbb penat nek gunung tuh hahaha.....

www.afeazd.co.cc

Adry: ahaks... Gunung Kinabalu Love u too..hehehe..sudah naik ka tu?

Afea: hahaha...kaki sakiet la tu...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin