Salam pagi salam sejahtera… salam kedamaian… terima kasih diucapkan kepada Tuan pengerusi majlis yang mengelola acara , Salam bahagia kepada panel hakim yang mengadili dan bijaksana, salam setia kepada penjaga masa yang menjaga detik waktu… juga salam ceria kepada hadirin dan hadirat sekalian…
Wah, bukan main lagi ucapan intro aku tu , macam pendahuluan untuk bertanding plak... ahakz, kalau dalam post sebelum ni aku cerita tentang Sambutan hari Keluarga… kali ni mo cerita kejadian sebelum dan selepas hari keluarga plak…
Sehari sebelum hari keluarga , sebatang pokok kelapa ( milik jiran kat depan ) telah menumbangkan diri nya ke bumbung rumah kami ( secara teknikal , mcm rumah kami la… tapi secara hakikinya..disewa) … Pokok kelapa tu telah merebahkan diri dengan tepat ke bumbung rumah seperti gaya Van Der Sar yang cuba menepis bola time lawan Russia…
Impak dari hempapan itu menyebabkan bumbung tu ada pro blah… dibuatnya time selepas tu ( petang n malam ) hujan turun dengan sewenang wenang nya.. maka mengalir lah hujan ke siling rumah dan menitikkan titisan air ke lantai rumah… time tu aku dah setting tilam ntuk ahli keluarga yang datang bertandang… maka , basahlah tetilam yang ada ( sikit jak la…sempat disedari ) dengan kelam kelibutnya , cecepatlah menadah air dengan baldi…
Arakian , tidur di ruang tamu lah jawabnya….
Hendak dimarah pada pokok bukan dia yang bersalah , hendak disalah tuan pokok yang telah diberikan pesanan penaja sejak dari dahulu tentang bahaya pokok itu… tapi.. aper bleh buat… pokoknya…
Dan pokoknya… beliaulah yang mengepalai tugasan memperbaiki dan menampal… apa kan daya… hendak ditolong di hari Sabtu ber aktiviti jugak gamaknya…
Ahakz…. Okes itulah cerita sebelum….
Okes okes... dah cerita persitiwa sebelum hari Keluarga... yang cerita selepas ni , berlaku selepas hari keluarga ari tu... selepas jak abes acara, cam besa lah , aku n Awang dengan dibantu Ajim mengangkat bebarang yang dah diguna balik ke opis... huhahuha... selesai angkat barang... Awang balik... dan aku pun stayback... story story ngan Mr Razak yang juga mengangkut Telebesen ( bukan teletubbies yeak )... dan juga mr Guard time tu Aidi... Bila nengok jak langit, kan main laie mendung...
Dan terpandang jak garisan kat langit yang unik...so aaku pun bergegas naik ke atas bangunan dan amek gambo... fulamak, macam ribut jak... mungkin ada kaitan ngan kejadian ribut kat Filipina pada hari tu...
Selepas angin yang kuat maka hujan pun turun dengan lebatnya...
Maka kitaorang pun duduklah di pondok guard sambil menikmati cekodok dan cupcake, baki dari Hari Keluarga ...
Maka..itulah ceritanya... hehehe
3 KomeN pada :“ Sebelum dan sesudah ”
Wow
View of the sky was so astonishing and beautiful.
yup... this is not the first time for this year...a lil bit strange coz , all the weird and tremendous stuff happen this year.. a sign..i guess...
:) sian sama kamurang kawan.. apa2 pun cantik itu awan yang ko ambi..congrats brother!!
Post a Comment