TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    4 months ago

2008-05-18

Venus selepas Pluto




Semalam aku terkejut dengan kejadian yang tak disangka... Aku membersihkan kandang atau lebih elok aku cakap rumah hamster aku... rumah si Venus dan Pluto2 seperti biasa... Menjadi kebiasaan , aku akan letakkan dorang dalam satu rumah transit , sementara aku membersihkan kandang dorang... Selepas selesai , aku pun ke rumah transit dorang untuk memindahkan dorang semula ke rumah asal... memula aku ingatkan Venus tido , Pluto2 ada di sebelah dia... aku letakkan jari berhampiran dorang secara perlahan agar dorang tak terkejut kalu aku angkat dorang... sebab kalu korang trus pegang dan angkat , kebarangkalian untuk dorang jadik agresif dan menggigit adalah tinggi... dorang akan terkejut...
tetapi waktu tu , yang memberikan reaksi hanya Pluto2 yang menghampiri dan naik telapak tangan yang aku tadahkan... manakala Venus masih diam kaku... aku letakkan Pluto2 ke dalam rumah asal ... dan kemudian ambil Venus... badan Venus sejuk dan dia dah kaku... Venus mati...
Aku tak pasti apa yang menyebabkan kejadian tu...
Kesian Pluto2... kini dia keseorangan... dan tinggal Mars dan Moon yang dapat temankan dia... Mars dan Moon adalah dari spesies hamster yang berbeza dengan Pluto2... dorang tinggal dalam kandang bersebelahan...
Mungkin belum tiba masa untuk mencari pengganti Venus... berikan ketenangan pada Pluto2 sebelum dia bersama pasangan yang baru...

Semoga sejahtera di 'sana'....

Venus selepas Pluto....

2 KomeN pada :“ Venus selepas Pluto ”

kesian :( huhu... jangan kasih nampak kucing sia ahh...

bah... sia sudah tapuk dorang.. hehehe... mo carik partner baru ntuk si Pluto2... sian dia solo2... dia pun ada perasaan jugak tu, ingin cinta dan menyintai... ewah... heheheh

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin