TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2008-03-25

PLUTO pergi jauh...

salam... dan salam...
Terkejut , sedih dan sedih... Sekembalinya dari rutin seharian , dan tiba di rumah pada pukul 7.10 malam tadi. Memang dah jadi kebiasaan untuk aku terus menatap dan melayan karenah tikus -tikus kecil yang aku miliki. Kesemuanya ada 4 ekor hamster , dari dua spesies yang berlainan. Syrian Hamster dan Dwarf Hamster. Pada asalnya aku hanya ada seekor dari spesies Dwarf (betina) yang dibeli dari rakan sekerja ( ahakz... Aunty Connie ) pada bulan Februari yang lalu. Hamster beliau pada asalnya sepasang tetapi seekor telah R.I.P.

Beberapa hari kemudian , pada hari Ahadnya , aku bertandang ke Tamu Gaya Street untuk mencarikan soulmate untuk 'VENUS' (aku bagi nama hamster tu). Disebabkan oleh sifat ingin tahu dan eksperimentasi , aku beli dari jenis berlainan (Syrian). Aku pun membawa balik 'MARS' bakal partner ntuk c 'Venus'. Bila dah kat rumah dorang macam tak serasi. Aku pun bagilah peluang untuk dorang berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Setelah dalam beberapa minggu , keserasian dorang tak ada. Tempat tido dan tempat stok makanan dorang asingkan sendiri. Bila berdekat jak , maka berdecit-decitlah 'Venus'... barangkali kurang selesa dengan kehadiran jejaka bernama 'Mars' yang dari spesies berlainan ni.

Setelah membuat kajian dengan lebih mendalam (rujuk internet) , rupanya mereka memang payah nak disatukan... dan aku pun membuat keputusan untuk mencarikan pasangan untuk mereka berdua mengikut kesesuaian jodoh mereka ( erk..spesies yang sama la). Dan pada hari Ahad (25.03.08), aku pun meneruskan perancangan untuk mencarikan buah hati untuk kedua-dua hamster kesayanganku.

Dan aku dapat mencari , untuk 'Mars'(jantan) pasangan 'Moon'(betina) ... dan untuk 'Venus'(betina) pasangan 'Pluto'(jantan). Aku jugak membelikan satu lagi kandang/ kurungan untuk rumah 'Mars' dan 'Moon', kerana sebelum ni, rumah yang 'Mars' tumpang adalah milik 'Moon'... kedua-duanya lengkap dengan peralatan senaman(roda+tiub), mangkuk makanan, tiub air dan rerumah.

Dalam 3 malam , keempat-empat pasangan yang hidup dalam dua kandang yang berlainan akan sibuk dan bising dengan bunyi roda senaman mereka. Waktu aktif mereka adalah dari pukul 12 tgh malam ke awal pagi... Kalau tido2 ayam...maka fokus untuk tidur akan hilang dan kosentrasi untuk melelapkan mata jugak akan lenyap...( kira memang bising gaklah).. tapi... itu tidak menjadi masalah (kira macam latihan sebelum kahwin la nie..hehehe)

7.10 malam tadi... apabila aku menghampiri kandang / kurungan mereka terlihat kelibat 'Pluto' yang tidak lagi bergerak. Sangka ku dia sedang nyenyak tidur , kerana itu adalah kebiasaan mereka. Tapi posisi dan tiadanya tindakbalas darinya mengerakkan hati aku untuk menyentuh dia. Sah... 'Pluto' telah pergi jauh...

aku telah kuburkan 'Pluto' . Punca kematian tidak dapat dikenalpasti ( tak sanggup plak aku buat bedah siasat). Tapi mengikut analisis dan bahan rujukan , hamster adalah spesies yang mudah tersentuh dan menerima kejutan. Kadangkala hanya disebabkan pertukaran tempat ataupun kepanasan boleh menyebabkan mereka tertekan dan jiwa bergelora....

Walau apa pun sebabnya... pemergiannya akan tetap dikenang selama-lamanya...
kasihan 'Venus'...kini dia sendiri lagi... tanpa teman menemani...



panjang plak post kali ni... tibute to PLUTO....

2 KomeN pada :“ PLUTO pergi jauh... ”

haiyo....pity oww the hamster..jan2 ko dera kali tu kan?? neway my deepest sympathy to venus..

Aiya... kecian kan... ahakz, tadi pagi sia sempat pi Gaya Street... cari 'Sparing Partner' yang baru ntuk Venus... ehehehe

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin