LABUK BAY
wah... ganasnyer tajuk. hahaha... okes... okes, jangan terkejut, tak ada sesapa yang cedera. Kali ni nak cerita tentang lawatan ke LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY kat SANDAKAN ni... huhuhu...Selepas sesi lawatan ke SEPILOK , yup... selepas lawatan dengan orang utan - orang utan kat sana, kitaorang pun menuju ke Labuk Bay setelah mengisi perut untuk makan... Lapar tu... Perjalanan ke Labuk Bay amek masa lebih kurang sejam lebih lah dari Sepilok ari tu. Ahakz, for sure lah amek masa, kitaorang tertinggal dari group, so jalan pun tak tau gak, hanya berharap pada papan tanda yang ada... Sekali kitaorang jugak yang sampai first ( keta yang lain ikut laluan lain, skali satu kereta tak dapat gerak daa... terkubur... opss... tayarnya jak... bukan keretanya
Sesampainya kat sana, kitaorang nampaklah jugak beberapa ekor BAYAU atau Proboscis neh. Kira 1st time lah aku menengok dari jarak dekat gini... dan ada gak spesies monyet yang lelain.
Mengikut cerita brader yang jaga area tu, waktu ntuk bagi makan Bebayau n family dah lepas... so tak banyak lah yang kuar... begitulah ceritanya...
tak lama gak kitaorang kat sini, adalah dalam sejam gitu....
korang nengok aaa gambo bayau n geng tu...
1 KomeN: pada :“ PROBOSCIS MONKEY LAWAN BUDAKHUTAN ”
Bro, I plan nak gi Sandakan so dah browse all your photo. Sepilok & Labuk Bay will definitely be in my list.
Tks for sharing!
Post a Comment