TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2008-01-03

2008: Hari 3

Assalamualaikum dan salam kedamaian...
~cuaca mendung dan sesekali hujan..
Hari ni masih sama seperti hari-hari sebelum ni ... rutin pun masih sama. Ades... memang betullah dalam jangkaan aku. Banyak pemboleh ubah yang buat sebahagian dari perancangan aku boleh terkandas , tertangguh atau terus langsung tak jadi. Faktor masa dan lain-lain tanggungjawab yang HARUS dan WAJIB aku ikuti dalam setiap hari. Nampaknya kena ada perubahan dan sedikit adjust untuk pastikan matlamat dan visi serta misi aku menjadi nyata tahun ni...
hahahaha... cam ucapan politik plak...

harus aku katakan pada diri sendiri jangan salahkan pada apa yang telah terjadi...jadik lilin untuk menerangi...

Kebelakangan ni selalu plak rasa letih... ni musti sebab aku kurang eksesais ni. Bila aku nengok gegambo dan video aku tetahun yang sebelum ni , saiz aku taklah terlalu tebal atau lebar , kira kategori nipis gak... cuma saiz kepala besar sket...huhuhu aku nak jadik balik aku yang dulu , maksud aku tahap ke-boroi-an yang kurang. Inilah yang aku cuba nak atasi wat tahun ni , mengurangkan berat badan dan kurangkan lebar / babat ke tahap yang munasabah dan boleh diterima akal.. hahahaha. BABAT MENJERIT ... adus. Orang len selalu cakap aku bahagia sebab tu lah badan nek jadik camni... bahagiakah aku?

bahagiakah aku? sejujurnya belum sampai ke tahap 3 daripada 10... masih banyak belenggu dalam benak kepala aku. Rasanya selagi aku belum mencapai beberapa visi aku , selagi tu aku tak puas hati...yosh! . Kena teruskan momentum semangat berkobar - kobar untuk terus berjaya cemerlang , gemilang dan terbilang... ahakz... merepek dah aku ni

erm , aku bebaru ni ada baca blog sorang brader , Joeperantau , dia sumwhere kat US tu , best gak cerita dia , dia travel travel. Banyak gak thrill dan pengalaman yang dia kongsi.. sure best kalu dapat jadik gitu , melancong ke luar dan pastu melalui pengalaman - pengalaman yang kita pasti akan teruja... hahaha... brader joe! Good Luck Bro!

rasanya pikiran aku pun blank sesangat ( aku tertido tadi ) bebangun jak , pastu makan , then update blog neh ... masih kabur-kabur.. ades, daripada aku merapu ikan kerapu baiek aku mengundurkan diri dan segarkan diri dulu ( ades , blum mandi daaa... ) hahaha.. eapapun
aku kena jadik yang best untuk diri aku dan orang orang di sekeliling aku ...

ganbatte!

0 KomeN pada :“ 2008: Hari 3 ”

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin