TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2010-04-05

Ikhlas dari Jauh... Armada ke 7

Menarik dan menghiburkan! aku amat bernasib baik kerana tidak menurut hasutan 'malas' di awal pagi Ahad kelmarin. Hujan turun renyai-renyai pada awalnya, tetapi aku tekadkan masuk ke kereta untuk terus memandu cik Lisa aka 'kelisa' ke Gaya Street, mengambil gambar. Yup, aku teramat suka dengan persembahan dari Tentera Laut Amerika Syarikat aka 7th Fleet Band... cuba korang tengok video di bawah ni...


woah! menarik bukan... mereka amat mengiburkan!

oh ya.. kamera D90 itu berat seberat 7 kapal kontena, maka sebab itulah video ni sedikit bergetar, dan pertama kali aku 'picit' untuk video... maaf jika video kurang memuaskan...ahaks, kebanyakan masa aku mengambil video dari menembak gambar kerana aku sukakan muzik dan persembahan mereka. kalau ambil gambar, tak dapatlah nak tengok semula kan... hehehe

Tiupan tahap super... ~_^

menghayati... muzik mereka datang dari jiwa... ikhlas...boleh rasa weih!

agak-agak sakit tak mulut?

akak ni pun sporting amat ^_^

brader kat tepi tu yang paling semangat...korang boleh tengok dalam video..
hahaha...lucu lah lu bro... hiburan dalam kapal tu...

aku sempat terlihat abang-abang kelasi ni mempraktikkan budaya 'menunjuk' kita, mungkin mereka sedikit hairan atau suka, sebab dorang melakukan aksi tu macam mengunjuk pedang...hahaha

Peace itu keamanan

"smile"

terjumpa dengan rakan sekerja dan anaknya, aku minta dia bergambar bersama kelasi-kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) ni. Oh ya, mereka akan berada di Kota Kinabalu dalam anggaran 4 hari dan sambil melakukan persembahan, mereka juga akan melakukan kerja-kerja amal... syabas! dorang ni berpangkalan di Yokosuka, Japan.

"ongkol... apa bah nama barang yang ko tiup ini?"

"aaa...what?"

yeah! mereka juga turut membuat persembahan di Palm Square, Centre Point, Kota Kinabalu... alaaa... yang di tingkat 4, yang ada Growball Cinema tu. Aku boleh siap duduk di lantai, menghayati persembahan sambil mengambil gambar. Pengunjung bersorak dan memberikan tepukan gemuruh setiap kali mereka selesai melakukan persembahan...

Ketua aka Fleet Bandmaster, Lt Robert "Jeff" Wrenn, turut beraksi pada petang tu.

"pon pon"

aku akan upload satu lagi video untuk persembahan yang di Palm Square ni... untuk dapatkan kualiti upload yang best, mengambil masa 2 ke 3 jam... alahai!

"jumpa lagi"

Info:
1.Kelasi - kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) singgah ke Kota Kinabalu sebelum bertolak untuk tugasan di musim bunga. Mereka tiba di Sepanggar pada 3hb April 2010.

2.Kapten Rudy Lupton merupakan pegawai pemerintah USS Blue Ridge dan berkhidmat di bawah Komander 'Expeditionary Strike Group (ESG) 7 / Task Force (CTF) 76 '.

3.Program "Freedom of Entry to the City" yang akan melibatkan tentera laut dari pelbagai negara seperti Brunei, Indonesia, India dan Amerika Syarikat akan diadakan pada 18hb April ini. Dianggarkan sebanyak 18 kontinjen akan terlibat dalam perarakan yang dijangka bermula dari jalan Tun Fuad Stephens, melalui Segama Waterfront hingga ke Gaya Centre.sumber~sabahtourism

website mereka- 7th Fleet Band

6 KomeN pada :“ Ikhlas dari Jauh... Armada ke 7 ”

WOw... cantik gambar gambar mu ni... hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

They got that swing! Best nya...

Adry~ biasa2 saja bah ni bro... bulih jadi geng tawau photographer ka? hehehe

bernard~ yup.. they got that swing, you can dance with the beat ! stunning

kesian..seumur hidup saya tia pernah nampak kelasi live...lol...~! yg tv tu sj la...hehe....sma tia pernah npk live persembahan gini..adeh....

http://www.gadizzborneo.com/

Gadis borneO~ bah jangan ko lupa tinguk lagi kelasi nanti 18hb sana kk... ada durang nanti...

boleh rasa kehebatan diaorang nie.. pernah sekali aku meliat live performance sebegini waktu ke Brunei akhir tahun lepas.. mantap!! best!! :)
ingin meliat lagi laaa ;D

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin