TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-03-28

Jam Bumi Berdetik ... Dijentik Panik...

Jam bumi berdetik lagi, kempen Earth Hour berlangsung hari ni. Tindakan yang dicadangkan ialah untuk menutup lampu selama sejam bagi menggelapkan malam yang gelita. Kesudahannya, ramai yang berapi - api dan berkobar-kobar konon menyahut seruan ni. Tapi fahamkah mereka - mereka ini apa tujuan kempen ni sebenarnya?... ada faham?

Lampu ditutup...tapi
Tv dipasang - nak tengok Akademi Fantasia katanya...
Laptop / PC 'ON' - berfesbuk dan bermafia war gamaknya...
Radio dinyalakan - untuk hiburkan hati waktu gelap...
naik kereta - nak round bandar katanya, tengok lampu kena tutup...
dan banyak lagi.... yang kononnya menyokong kempen Earth Hour 2010 ni..

Majlis - majlis besar diadakan di merata tempat... lampu terang benderang, orang ramai berpusu-pusu datang, sampah bertaburan, petrol dibakar bila naik kereta , amek kesempatan berdua-duaan di kawasan gelap... dan tutup lampu untuk sejam... kerana sayang bumi katanya...

sepatutnya... waktu gelap tu...
merenung bintang dan bulan, mendengar nyanyian riang cengkerik dan alunan merdu katak memanggil hujan... menghayati keindahan alam...
fikirkan, adakah aku penyumbang kepada pemanasan global?
adakah aku pernah membuang sampah sewenang-wenangnya?
Adakah aku menyayangi hutan? dan alam sekitarku?
Apakah cara untuk aku berbakti kepada bumi?

Tolonglah... hentikan kepura-puraan dan sikap talam dua muka

Tanpa Manusia, Bumi tetap akan Ada
Tanpa Bumi, Manusia?....

AKU SAYANG BUMI !

9 KomeN pada :“ Jam Bumi Berdetik ... Dijentik Panik... ”

aku sokong !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sokong sangat2 dengan engko .i <3 bumi juga !

masalhnye, tmpt aku mlm ne tade bulan la pulak..pastu aku lak tgl sorg2..takut lah..huhu

bulan penuh malam tadi :)

saya tertidur masa tu.... hehe

Camana ni.. I nak tutup lampu..tapi ada org mandi plak.. nanti bising pla my mum hehehe... tapi betul tu, kalau nak buat betul2 pun mesti mau kena faham napa buat mcm tu..

ade join aktiviti..igtkn tutp lampu..tp tak..tp.*sigh..
syg bumi gak

aku pun ada buat gak.. hehehe

Chokio~hehehe...tunggu ada bulan baru tup lampu... ahaks

Wanie~tu yg best tu...

Faiz~menyumbang kepada lapisan ozon tu... kurang sedut oksigen...hahaha

Fyezura~sayang bumi ~_^

Adry~kena buat slelau gak kan bro.. amal.. hehehe

Piqa~ sayang bumi..ahaks

Alv~yup..betul2..hahaha... kena saun plak nanti oleh mummy...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin