TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-02-14

Lama Tidak Bertemu !

7 ke 8 tahun... itulah jumlah masa yang menjarakkan kitaorang selama ni. Akhirnya bertemu jua. Kesibukan dengan rutin harian dan kerja kadang-kadang membuatkan kita tidak punya masa untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Ada juga yang aku baru jumpa di KL ari tu.. brader Hashim.. yang bawak aku pi makan tu..hahaha..tenkiu bro


Ahaks.. yup, semalam Restoran Nasi Padang Ibu di Jesselton Point , Kota Kinabalu menjadi tempat untuk pertemuan rakan2 sekolah dulu. Yang berjaya menghadirkan diri, Ruzee, Ameen (penganjur- turun dari KL tu...), Alex , Rina , Ophelia , Hashim dan aku. Kalau diikutkan ada lagi yang nak hadir, tapi barangkali dek urusan keluarga, kerja dan perkara yang tak dpat dielakkan, maka kamiurang sijalah yang ada... Sesi bermula pada pukul 8 malam...


Sesi bertukar-tukar cerita, bertanya khabar serta perkembangan karier dan hidup menjadi lumrah dalam pertemuan sebegini. Cerita mengenai pengalaman, cerita tentang keluarga dan cerita tentang sekolah dulu-dulu... hahaha....

Kitaorang tukar port ke tempat lain , sebab restoran tu nak tutup dah dalam jam 1030 malam. Tak jauh, masih juga di area jeti tu. Cerita bertukar menjadi serius dan matang. Perancangan masa depan , perkahwinan dan bisnes. Tak payahlah aku huraikan kat sini plak kan.. ahaks..
----------------------------------------------------------------------------------------

Sesi berakhir dalam jam 12 tgh malam. Masing-masing mengucapkan selamat dan bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan (ah..bab peluk itu aku tipu). Kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku bergegas menuju ke Kelisaku. Malam sudah lewat.

Percikan dan dentuman bunga api mewarnai langit malam. Menandakan bermulanya sambutan Tahun Baru Cina. Pada awalnya aku bercadang untuk terus balik dan tidur, tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran untuk pusing-pusing sekitar bandar Kota Kinabalu untuk mengambil gambar. Aku turutkan sahaja permintaan akal, lagi pun aku tidak punya apa-apa rancangan untuk 14hb Februari ni.

Setelah puas meronda dan mengetik punat kamera, aku teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Sekali lagi dalam perjalanan pulang aku menukar fikiran, kali ini aku menurut permintaan hati... aku singgah di pesisir pantai dekat pelabuhan, Teluk Likas... Memberhentikan kenderaan, keluar dan duduk di tembok batu yang menjadi tebing pantai. Hembusan angin malam menenangkan aku. Bunyi ombak yang menghempas batu menjadi irama yang menyenangkan. Kaki-kaki pancing tegar juga ramai yang berada di situ... mencuba nasib atau sekadar menghilangan ketagihan...

Lama aku duduk sendiri di situ. Tepat jam 2 malam aku balik ke rumah.

............. ~_^
eh..pesal plak aku buat karangan ni... cukup dah ker 350 patah perkataan? hahaha...

Selamat Tahun baru Cina !
Selamat Hari Sayang - Menyayangi ...

perancangan aku hari ni? tak pi dating atau keluar dengan awek...
tengok wayang / keluar amek gambar... hahaha
maybe... just maybe... life is better when you are alone...

7 KomeN pada :“ Lama Tidak Bertemu ! ”

sgt cantek la pic ko ni..
aww jeles aku!
haha


ohh aku rindu gak mmber2 plknd tawau tu...xtaw r bile leh ketemu smulaa
harap ade jdoh..tggu aku fly ke sane
huhu

korg dapat angpau gak ke time raye cina ni..mai sini skitt......

erm..asal g jeti tu tak ajak weh.. kalau aku g pesisiran pantai tu kol 2 pagi, leh tak aku tanam diri seniri dalam waktu2 centu weh? cam seronok je..duk kat tembok ape barang..hahaha...


anyway, jumpa balik dgn kawan2 lama mmg seronok..kenangan tu..cuma nak taknak jumpa je..

Ekyn~ kebetulan jak chantek gambo tu ~_^ hehehe...

owh..PLKN di tawau ka ari tu?

angpau? blum dapat lagi ni... huhuhu ko nak bagi?

Che Neorul~ aku nak ajak, tapi kena minta kebenaran ibubapa che neorul dulu kan... hahaha...
laa... kat area tu takda pasir che neorul, area tu tebing batu-batu.. takkan nak tanam dalam batu..hikhikhik..

yup... seronok... kekadang segan jugak nak jumpa dengan kengkawan yang dah jadik orang2 besar.. huhuhu

alamak! batu bata je ke? hampes nye...*malu*

ko kata segan nak jumpa kawan2 yang da besar? ko tu kecik lagi heh..hahaha...;p

Che Neo~ bukan batu bata, tapi batu2 besar yang selalu wat benteng pantai tu.. huhuhu.. tu la pasal.. ingatkan aku dah membesar, tapi cam aku masih muda n kecik plak.. hahaha *whink*

Ghostone~Yup..sure best ghost... jumpa kawan2

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin