TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    4 months ago

2010-02-16

Aku Suka Panta* !

Aku suka Panta*!? Cantik, putih, bersih... taklah boleh masuk kategori putih melepak. Tapi boleh melekat dan rasa sukar untuk menanggalkan perasaan seronok setelah hati rasa puas gembira. Sekali buat rasa nak lagi. Aku korek hingga ke dasar. Bunyi air yang menghempas, turun naik. Sedap ! sambil menikmati semua itu, aku sedut sekali lagi. Memang betullah orang kata, air kelapa memang sedap diminum bila kita melepak tepi pantai.


Wooo! ini bukan cerita lucah ok! aku cuma nak sampaikan mesej, kadang-kadang ayat atau kenyataan yang tidak lengkap akan dibuat pelbagai tafsiran dan mesej yang diseliratkan oleh persepsi akal,jiwa dan hati mereka yang membacanya. Provokasi serupa inilah yang telah menjadi lumrah sejarah tamadun manusia, keruntuhan empayar-empayar agung dunia.

Kedangkalan otak untuk memproses maklumat dan berita yang diterima membuatkan tindakan melulu tanpa usul periksa. Mulut dan tangan lebih pantas untuk membuat olah tanpa rasa bersalah, akhirnya membawa tulah yang padah. Jika kata nista dan cacian menjadi permainan, silakan... cuma usah tersilap percaturan, senjata sendiri mungkin menikam tuan...
lari ! itu mungkin jawapan tapi bukan penyelesaian

"tujuh bilah keris yang aku tempa ini pasti akan aku 'kembalikan' kepada yang berhak!"

"Engkau!, kau!, dia!, kamu!, dan mereka semua!... celaka!"

Ahaks, aku tak marahlah. Itu petikan dari... hehehe... kena tunggu. Sampai masanya, hijab itu pasti terbongkar ...

6 KomeN pada :“ Aku Suka Panta* ! ”

tkejut aku!

baru nk ISA tgkap koo haha

xpe xpe..bjya mencemaskan aku nii

em bestnye pntai tu..d manakah?
duhh..lame xlepak ke pntai uh

*entry bikin org jeles hoho.


.
.
.
salam ukhwah

Ekyn~ ahaks, kalu ISA tangkap, maksudnya dorang tak baca lengkap.. hehehe...
cemas ker? huhuhu..

pantai di Kota Kinabalu, dekat Likas

Salam ukhwah ~_^

tersirat ape yang ko cakap ni..
namun ada sesuatu yang mendalam..sebenarnya kita jgn buat tuduhan melulu tanpa ada soal selidik.

btw, aku suka pantai, bukan pantai je..langit air tejun, hujan semua keindahan alam la..rasa tenang dan damai. boleh bertahan berjam2 lamanye. so ape2 hal trip mesti taknak miss ;)

Che Neo~betul tu...

yup, aku suka alam kita... kalau bleh tinggal dalam hutan, sure aku akan pi... hahaha

Owhhh..aku juga suka pantai..suka sangat..tapi di tempat aku pantainya tak cantik..belum klik read more lagi aku sudah tahu, kamu berbicara mengenai pantai...jadi tipah tak tertipu..ehehe ^_^.

Sya~ ahaks... kesian tipah.. hehehe... eh, kenapa pantai kat tempat ko tak chanteks? ada prob ker pantai tu?

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin