TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-02-01

Hikayat Merong Mahawangsa


....Setelah dilihat oleh burung garuda tuan puteri itu duduk di dalam taman memungut segala bunga-bungaan dan buah-buahan, lalu ia pun terbanglah pergi menuju kepada tuan puteri itu ke dalam taman. Serta sampai lalu disambarnya tuan puteri itu dengan mulutnya serta digenggam dengan kukunya yang kanan. Maka mak inang tuan puteri serta dengan kundangnya seorang budak perempuan, maka keduanya itu disambar dengan kukunya kaki kiri digenggamnya lalu dibawa terbang mereka itu menuju ke Pulau Langkapuri, halanya itu ke sebelah laut selatan... (petikan Hikayat Merong Mahawangsa:kajian oleh Prof.Dato' Dr. Siti Hawa Hj Salleh)

Hikayat + Mitos + Lagenda + Sejarah , itulah yang boleh ditafsirkan bila berbicara tentang Merong Mahawangsa. Ada yang 'bengang' kerana kisah Merong Mahawangsa dikarang oleh penulis dahulu kala mengikut acuan Hindu , kononnya penuh dengan fiksyen , tahayul dan 'sesat'. Usah dihitung kira melankolik sesebuah penulisan itu , kerana itulah yang menjadi nadi dan penyegar sebuah kisah, seperti melodi yang dialun dengan merdu penuh lenggok dan tarinya....

fuh...kalau teruskan panjang berjela ayat aku ni...Untuk versi hikayat , pandangan dan ulasan akan aku buat satu rencana yang berbeza... hehehe.. kali ni fokus ntuk filem...

Syabas ! Syabas kepada KRU Studios kerana sanggup memerah keringat, kudrat dan bajet untuk menghasilkan sebuah filem Epik : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA atau dalam bahasa inggerisnya The Malay Chronicles : Merong Mahawangsa dijangka ditayangkan pada 30hb September 2010. Korang dah tengok 'trailer'nya... bila dah selesai tengok, aku rasa teruja dan bangga kerana karya itu hasil usaha anak tempatan. Kita memang boleh bersaing di peringkat global! yeahhh...ini termasuk dalam kategori Wajib Tonton!

Antara pelakon yang terlibat ialah Stephen Rahman Hughes, Jing Lu (China), Gavin Stenhouse (United Kingdom), Henrik Norman (Sweden), Keith Chong (Hong Kong), Craig Fong, Dato' Rahim Razali, Kuswadinata, Vanida Imran, Khir Rahman, Jehan Miskin, Rave Sunderlingam, Cico, Cat Farish, Deborah Henry,Wan Hanafi Su, Mano Maniam... dan ramai lagi eh...


70 % penggunaan bahasa inggeris manakala 30% bahasa Melayu klasik dan Cina. Sesuatu yang mungkin akan menjadi isu yang cuba di'hangat'kan oleh sesetengah orang apabila filem ini ditayangkan kelak. Soal siapa hero dan pelakon pun pasti akan diperkatakan, kenapa tak ambil saja pelakon-pelakon Malaysia secara keseluruhannya... tak ada yang berbakatkah?..hahaha.. soalan berbaur 'minda dalam kotak' ni bukan tak boleh, tapi... Karya seni itu subjektif...

Koordinator stunt dan aksi ialah Man Ching, beliau pernah bekerja untuk produksi seperti The Police Story, Shanghai Knight dan Hellboy 2. Maka sahihlah banyak adegan aksi pasti akan menjadi santapan penonton nanti.

Apa pun... Kita tunggu filem ni keluar di panggung ! lepas tu baru boleh ulas lebih-lebih.. hehehe

--------------



INFO FILEM:
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Penerbit : Norman Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Skor Muzik : Edry Abdul Halim

Penulis Skrip : Amir Hafizy
Mekap / Kesan Khas : Mas Hashim
Kostum : Rosada Abdul Hamid
Set/Props : Fab Lane Sdn Bhd
Pengarah Fotografi : Md Noh Kassim
Pengarah Seni : Kok Ting Lam / Anuar Baharuddin

----

Takkan Malaysia hilang di dunia...

0 KomeN pada :“ Hikayat Merong Mahawangsa ”

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin