TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-01-19

Duit Paypal ke Akaun Bank Malaysia !

Apa khabar pengguna tegar Paypal? banyak masyuk tak?!
gumbira rasanya hati bila cek akaun Paypal kejap tadi. Memula tu terima E-mail pasal Paypal : Wishlist tu, ada lah jugak sikit earning dari situ. Yang paling best dan gempak (aku baru tau ni... atau semua orang dah tau? hahaha)... duit kita yang ada dalam akaun Paypal boleh dikeluarka
n atau ditransferkan ke akaun bank Malaysia... aaa ni bukan buyuk aaa.... yang tambah lagi bikin siuk berkali2 ialah ...tempoh transfer (kalau semua maklumat lengkap) 2 ke 3 hari saja... fuh!

orait.. step2 dari Paypal ntuk transfer kan duit ke akaun kita di Malaysia.

LANGKAH 1:
Log masuk ke akaunPaypal anda. Klik Withdraw dan pilih Withdraw To Your bank Account
LANGKAH 2:
Lengkapkan butir Akaun Bank anda dan tekan Continue .

Untuk mengetahui apakah "MEPS Bank Routing Code" bagi bank anda sila rujuk:-


jika anda telah mempunyai akaun bank Malaysia yang dipautkan ke akaun Paypal anda , sila abaikan langkah ini dan terus ke langkah 5.

Nota: Sila pastikan nama dan alamat yang anda lengkapkan di Akaun paypal anda adalah sama dengan nama dan alamat akaun bank anda. Jika ianya tidak sepadan, bank akan menolak permohonan pemindahan anda dan mengembalikan semula wang ke Akaun paypal anda. Caj Pemulangan sebanyak RM 15 akan dikenakan.

LANGKAH 3:
Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap dan betul.
Jika telah betul pasti dan yakin tanpa was-was (hehehe), sila klik Add A Bank Account


LANGKAH 4:
Sekiranya anda mahu mengeluarkan wang dari Akaun Paypal,
masukkan Jumlah duit yang anda mahu pindahkan dari Akaun Paypal ke Akaun bank Anda
(contoh ... pindahkan USD10,000 ke akaun bank anda...hahaha)

LANGKAH 5:
Pastikan semua butiran betul dan tepat. dan klik Submit untuk langkah terakhir!



LANGKAH YANG LAST TERAKHIR :
Enjoy dengan titik peluh anda berniaga atau buat duit secara online !...
ahahaha.. selamat buat duit semua!

How to transfer my money from Paypal Account to my Bank Account in Malaysia?

easy my friend... ^_~ ...

p/s: berapa banyak duit dalam akaun paypal korang?
aku?...hehehe... bolehlah....

17 KomeN pada :“ Duit Paypal ke Akaun Bank Malaysia ! ”

bagus jugak info ni! akaun paypal ni free ke nk buat?

interesting lak
mcm nk try

remy, asal aku tak dapat email tu? erk... cam tak best je kalau penat2 usaha tapi tak dapat ;(

heh anyway! tahniah sebab da dapat! ;) huhi

Hirumi~ Akaun paypal ni free nak buat ...

Laila~ wAH.. Boleh cuba Che Laila.. dari surf tenet pastu bayar bil bulan2 bek buat duit.. hehehe

Kuai~ hahaha... tapi lagi mantap tu valentine Camp karang..hahaha... denga nsepa mau kungsi kemah ni aaa... ahaks...

neon~ ala.. tak lam lagi la gamaknya tu... tak minggu ni..minggu depan... ~_^

weeh da dapat hehehe ;) jom joli2 aku pon tgh transfer do..erm amik masa berapa hari ye? aku risau gak tulis details kat paypal takut scams!

Si Lampu NeoN~ wah...sure byk ko dapat ni..hahaha, setakat ni Paypal gerenti selamat, cuma kena hati2 ngan website palsu... klon...

wa...byknye duit kamu... :) suka2!!

erm..caj pemulangan tu macam mana yer? aku kene deduct lebih 17 ringgit kot..huhu takpe syukur2,,

Miss norafiZan~ Amin... semoga makbul lah jadinya..hehehe

Che NeoruL~ ada silap isi info tak yang memula tu? dia akan caj tu... RM15 ... 2 hinggit mgkin caj perkhidmatan bank

adoi yeke..ok, pasrah je.da dapat pun kira bersyukur da huhu..eh remy update laaaa bz ke?

sy pun dpt uda duit wishlist tu...happy jg la berpun nda byk...hhihihii..time sy promosi kwn2 paypay wishlist tu major suka btul ckp tu scam la....huhu...panat mo explain...sia suruh baca sndiri nda jg mo...last2 nda jg dureng ikut sy....nsib baik ada jg kawan yg ikut sj sy invite...haha

gadis BorNeo~ tu la pasal, time promote dulu teda urang percaya ni... padahal bukan skim cepat kaya pun...hahaha...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin