TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-12-31

Dia CINTA Dia , Dia SAYANG Dia

"Tidak perlu mencari secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof, andai kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad,
jika ada keburukan pada diri................
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikannya...
carilah kebaikan dirinya , bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya..."

~semoga ke akhir hayat, cinta abadi sejati...~


~Selamat Pengantin Baru~

yup, kali ni aku mau kongsi gambar majlis resepsi perkahwinan member di Sandakan pada 26hb Disember hari tu... banyak jugaklah gambar yang aku dapat ketik dan amek. Sejujurnya aku taklah terer sangat mengamek gambar wedding ni , serius! Inilah kali pertama aku amek gambar kahwin secara penuh , ya lah..sebelum ni amek gambar member kahwin jugak, tapi atas kapasiti berkunjung ke majlis orang... dan kali ni plak diminta untuk menjadi 'Wedding Photographer', untuk tidak menghampakan permintaan geng karas time skulah rendah ... maka aku pun bersetuju ntuk mengambil gambar di majlis tu... ambil video? dah pernah...

Seawal majlis aku dah gugup dan tidak keruan."Apa yang patut aku buat? Dari mana aku nak mula?". Perasaan malu tu masih menebal... fuh... disebabkan oleh layanan mesra oleh keluarga pengantin membuatkan aku tidaklah rasa terlalu kekok. Aku akui ada banyak kelemahan dalam teknik dan kaedah serta persiapan aku mengambil gambar hari tu... ini pembelajaran aku yang pertama... kena perbaiki lagi di masa hadapan... (aku mau beli kamera baru!!!...aaaaaaaa)

kepada rakan yang turut melangsungkan majlis persandingan pada tarikh yang sama di Telipok, maaf kerana tidak dapat hadir... (nanti aku belanja men memanah sana OneBorneo aaa... hehehe)
-------------------

Selamat TahuN Baru pada semua :)

6 KomeN pada :“ Dia CINTA Dia , Dia SAYANG Dia ”

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga apa yang dihajati tercapai tahun ini.
Thank you for being my friend!

ko tak buat jadi career ke remy? buatlaaa bisnes ;) eh ko bile naik pelamiin! ajak aku tau!

HoneY~Selamat Tahun baru :) yup, semoga tercapai apa yang kita semua hajatkan... keamanan sejagat... Thanks 4 being my fwen too ~

NeoruL~tul gak tu, bleh jadikan kerjaya sampingan=tambah income... hehehe... bila aku naik pelamin? ajak ko ntuk kita sama2 nek pelamin? atau ko tengok jak aku nek pelamin?...konpius aku dengan kenyataan ko ni... hahahaha....

oooo azam thn ni nk kamera bru rupenye...hehe

hayati~ahaks.. cam tau tau plak... heharap akan dapat :)

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin