TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-08-27

Hikmah Ramadhan Di Ambang Merdeka



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia ...
Wah , sambut Merdeka di bulan Ramadhan. Terbayang plak pengorbanan para para kontinjen yang menyertai perbarisan untuk kemerdekaan tu.. fuh, tabik ! ada hikmahnya tu... hehehe.


Sapa ada masalah dengan Celcom Broadband..sila angkat tangan !...
akhir - akhir ni , sentiasa SLO-OWWW , tukar pi Digi karang , baru tau... adei. okes, okes , tak mau la cerita ttg tu... ahaks, tajuk entry kali ni cam unik sket kan , hahaha , tu tajuk Drama Radio - Khas - sempena Merdeka ni nanti. Yup , "Hikmah Ramadhan di Ambang Merdeka" akan diudarakan di Radio Sabah FM pada 31hb Ogos ni. Karya , skrip drama adalah hasil penulisan Puan Rubiah Nordin , dan penerbit untuk drama khas ini encik Md Syum Abd. Majid.

Eh , pesal cerita ttg drama radio plak... hehehe , sebab aku pun ada dalam drama tu.... ala , budak baru belajar , masih kaku lenggok lakonan drama radio. Tak bley ulas lebih2 , karang masuk bakul angkat sendiri plak kan. Kena dengar dulu , lepas tu bolehlah aku bagi ulasan..hehehe. Turut berlakon ialah abg Amir Khan , Kak Latifah , En.Masyud dan seorang lagi (alamak lupa plak nama dia..adus!..sori bro... try rekol, nanti update nama)... gaya lakonan abg Amirkhan memang superb , dengan soranya yang ala2 hero hero filem.. suka dengar tone dia.. Yang lelain pun power gak... pengalaman berbakul2... berbanding aku...

Drama radio Sabah Fm , satu ketika dulu amat meriah dengan byk slot drama , seperti Drama Khas , Drama Purba , Drairama , Lembah Hijau , dan Mekar di Taman. Waktu tu , aku ada lah jugak menyumbangkan skrip-skrip untuk beberapa slot. Alhamdulillah , diterima lah jugak... bolehlah mengisi poket waktu sekolah2 dulu... untuk berlakon drama radio plak , aku try test cuba audition time hari terbuka RTM dedulu (mak aku suruh !... tapi , tenkiu mak !..hehehe)

Ahaks, sewaktu menunggu sesi lakonan hari Isnin hari tu ( jam 1) , sempat gak melawat konti SabahFM dan SabahVFM , chantek dah kontinya ... fuh , kalau aku berjaya jadik DJ dulu kan best..hahaha...

Untuk ulasan berkenaan skrip , aku akan buat di blog CoretConteng ... :)
itu blog untuk lenggok bahasa yang lebih serius ... kononlah ... ahaks

Bah ... selamat berpuasa pada semua !

p/s: murtabak sedap weih... muahahaha..

0 KomeN pada :“ Hikmah Ramadhan Di Ambang Merdeka ”

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin