TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-08-13

Andainya Ku Tahu

Malam ini hujan turun lebat , guruh berdentum dan kilat saling sabung menyabung. Gelintar cahaya kekadang menerangi kawasan ini. Jalan yang aku lalui tadi sedikit berair , tapi aku redah juga . Entahlah apa yang bermain di fikiran aku skarang ni. Aku membiarkan diriku basah bermandikan hujan. Aku memandang ke langit , “adakah memang tiada bintang di kala hujan merobek langit?” adakah itu simbolik pertanyaanku kepada diriku sendiri. “Adakah memang kejayaan itu memang tiada di waktu bencana dan kesusahan melanda?”. Aku meneruskan langkahku … lemah ... menuju ke tempat duduk berdekatan. Hanya terdapat beberapa kelibat pengunjung di Pantai Tanjung Aru yang sedang menjamah hidangan di restoran berdekatan , ada sebilangan daripadanya kelihatan seperti pelancong dari luar negara. Aku dapat melihat sesekali pandangan mereka teralih ke arahku. Ada diantaranya yang menggeleng-gelengkan kepala. Barangkali hairan dengan tingkah ku.

Aku mengarahkan pandanganku ku ke arah laut . Hujan yang turun semakin lebat, bunyi hujan yang mencurah dan ombak yang menghempas pantai menenangkan jiwaku, air hujan yang menitis dan membasahi tubuhku melegakan gelora di hatiku. Aku tunduk sambil merenung tangan kananku yang masih berbalut... aku pejamkan mata...

Maaf , rakan encik mengalami pendarahan dan kecederaan yang serius. Kami tidak dapat melakukan pembedahan kerana itu akan menambahkan lagi risiko kepada perkara yang lebih teruk. Buat masa ini , mangsa dalam keadaan kritikal dan masih koma , dan kami jangka dia akan terus koma sehingga kecederaan yang beliau alami beransur pulih. Walau bagaimanapun semua itu bergantung kepada kekuatan dari si mangsa...“ Doktor itu memberitahu aku tentang nasib Asfa ,sambil dia memberikan suntikan kepada aku, suntikan nya itu tiada terasa olehku.

“ Tapi doktor , dia akan selamat bukan“ .. aku cuba untuk tidak membayangkan kejadian yang lebih buruk berlaku kepada Asfa...

“ Insya-Allah...“ Doktor itu menjawab pertanyaan ku dengan senyuman sambil dia berlalu pergi...

ya , aku tahu , aku perlu pasrah dengan dugaanNya ini

Tiba tiba aku mendengar jeritan dan riuh rendah di luar wad

“ Saya tak kira ! Saya nak masuk jugak!“ , serentak dengan itu pintu bilik rawatan terbuka mengejut dan pintu itu menghempas dinding. Gregor yang meluru masuk menghampiri aku ...

“Bedebah!“ , sekilas tumbukan Gregor , tepat mengenai pipi kanan ku, dan sekali lagi tumbukan kali keduanya pula padu mengena pipi sebelah kiriku dan waktu itu jugalah kepalaku terpaling dan darah tersembur keluar. Kepala aku yang berbalut terasa berat , pandanganku kabur berpinar dan suara yang aku dengar semakin menghilang...perlahan....

Hujan yang semakin lebat membasahi diri membuatkan aku terhenti dari lamunan…

Aku masih berdiri di tengah rintik hujan yang semakin galak. Aku menoleh ke kiri dan ternampak seekor kucing hitam yang berlindung di bawah kerusi yang terdapat di situ. Mata kami bertembung , dan samar-samar ku dengar ia mengiau, seolah bertanya kepadaku “wahai anak muda , kenapa tidak berlindung dari hujan yang lebat ini?” Aku menghampiri kerusi itu dan duduk mendekati kucing itu , yang sedikit menyorok agar tidak terkena tempias hujan. Barangkali dia juga terasa dingin dek tempias hujan. Aku memandang ke arah kucing itu, ku tanyakan padanya , “ Kenapa hitam sembunyi di sini? Terperangkap waktu hujan turun lebat tadi?” , “Hujan lebat , hitam tak sempat untuk ke seberang , tak sempat ke restoran tu” mungkin itu jawabnya bila dia mengiau kembali padaku… aku bermonolog dengan kucing hitam itu...

Groooh ! Guruh berdentum dengan tiba-tiba. Si Hitam melarikan diri menuju ke restoran berdekatan. Sebelum sampai ke restoran si Hitam berhenti seketika dan kemudian berpaling ke arah ku dan kemudian mengiau . Lama dia berkelakuan begitu , seolah mengajak aku untuk berlindung di restoran itu . Aku mengangkat perlahan jari telunjuk ku mengarah ke restoran , memberi isyarat agar dia ke sana tanpa aku. Si Hitam cuba untuk berpatah balik ke tempat ku , tetapi guruh yang sekali lagi berdentum mengejutkannya, dengan segera dia berpaling kembali terus menuju ke restoran. Dia terus memasuki kawasan yang berpengunjung itu sambil sesekali menoleh ke arahku. Dalam samar hujan yang lebat , kelibat si Hitam menghilang.

Aku tersenyum sendiri mengenang gelagat si Hitam . Aku berdiri dari kerusi itu dan duduk di pasir pantai. Aku kembali memandang ke arah laut. Aku memeluk erat tubuhku sendiri. Kedinginan malam dan hujan masih belum terasa olehku. Aku memegang ubun kepalaku yang masih terasa sakit. Kenapa? Kenapa semua ini terjadi kepada aku?.

Walau beribu kali pun aku cuba untuk memejamkan mata dan fokus macam Hiro dalam cerita HEROES , agar aku dapat menghentikan dan memutarkan masa , tapi sedetik pun aku tak dapat nak hentikan mahupun kembalikan detik yang telah berlalu... agar salah dan kesilapan kata yang lalu aku tukar atau henti dari lakukan. Biarlah rasa itu terus terpendam andai aku tahu ... kau akan terus membisu...

Terasa pipiku hangat dek air mata yang mengalir perlahan...bersama air hujan. Aku menangis? Ahh...tiada siapa yang dapat melihat . Biarlah ia mengalir keluar bersama sebak di hatiku ini.

-------tamat-- episod 1

Wah ! macam lain plak kan... ehehehe macam serius eh.. Yup, aku cuba2 untuk menulis bah tu , sebenarnya untuk permulaan cerita Andai Ku Tahu ni , aku pernah siarkan di blog CoretConteng aku...huhuhu.. tertinggal tul blog tu, bukannya aku takmau sambung, cuma khuatir dengan plagiat dan ciplak.. hmmm... tapi Insya Allah aku akan masukkan sambungan cerita ni...

tapi betullah , hujan dan angin kuat malam ni ...fuh..sijuk eh.. aku suka untuk berada di luar waktu hujan turun dengan lebat... perasaannya sukar digambarkan... memberi ketenangan..

hehehe... orait.. sebelum post yang ini bertambah panjang... salam malam semua...

p/s-post ni sepatutnya kuar malam 11hb Ogos tu , tapi dek kerana ujan lobat dan angin kuat, maka bertabiatlah broadband it... dan picture kat atas tu, kira recycle jaklah..hehehe

7 KomeN pada :“ Andainya Ku Tahu ”

ohhh...ingatkan cerita betul! Bagus....nak tahu endingnya...Bila tu?

hehehe~

bagus penulisan kau~

aku suka baca~

aku pikir pengalaman benar tadi~

ok.. aku mangsa penipuan kamu!!! siut tau. neway, berjaye wat aku berdebar2 ngn scene coma :P

Honey~hehehe, cam cerita betul ka ... ahaks, ada rezeki... umur panjang..ada tu sambungannya... tunggguuu

Zara~baru belajar bah tu Zara... masih mengatur ayat lagi... huhuhu

LiZZ~Ades...kira okes gak la tu, wat ko bdebar debar membaca... memula tu nak tukar nama watak tu jadik Lizz , tapi last last tukar...hahaha

wahh..
indah sekali kurniaan Allah kan.. penulisan anda nmpk hebat..

alhamdulillah.. teruskan.
moga cerita2nya byk manfaat..

saje singgah :)

Inas~ Ya, Dunia kurniaan Allah sememangnya indah dan perlu kita hargai...

Terima kasih kerana sudi menyinggahkan diri...

Bah cepat habiskan... alang2 ja cerita ni heeee

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin