TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-07-13

Demam? H1N1


Woah~!
sejak Jumaat hari tu , badan dah rasa tak selesa. Menjelang malamnya lagilah tak best. Kerongkong rasa gatal jak , pedih dan kering rasanya. Mukus / hingus mengalir lebat, tapi taklah selebat air terjun Niagara. Bila baring jak , rasa semuanya terkumpul kat kepala. Sistem pengudaraan dan perpaipan tersumbat. Akibatnya , tuala kecik menjadi mangsa untuk hembusan hembusan manja yang memecahkan hening malam... tidur memang tak lena, sekejap sekejap aku akan turun ke bawah, minum air suam, untuk melegakan tekak yang pedih dan kering. Natijahnya ? tandas menjadi teman malam...

Sabtu , badan mula panas , letih , mengantuk , penat, semuanya ada... aku merajinkan diri untuk bergerak. Bayangkan , untuk mencuci kain jak , aku amek masa dalam 4 jam lebih untuk proses mencuci sehingga menjemur kain, walhal hari Sabtu hujan lebat. Aku jemur di garaj jak. Kenapa 4 jam? bila aku dah rasa penat tu, aku tinggalkan kejap, melelapkan mata yang berat itu... tak juga lena penuh... macam malam sebelumnya , sistem pengudaraan yang tersumbat, menggangu..

Ahad-pagi , demam macam dah reda... aku rasalah. yang tinggal, saki baki mukus / hingus yang masih berhabitat dalam sistem pernafasan. Keletihan dan kemengantukan itu masih ada. Ada juga masa aku terlena... dan sehingga sekarang mata ni belum mau terlelap lagi... dan rasa demam tu masih ada... esok kena ke klinik lah jawabnya... harap2 tak kena kuarantin..hahaha

bah, sori la geng kalu aku meracau sket di awal pagi ni... mamai kali ni...

p/s: gambar tu bukan time demam aaa... tu yg ensom sket.. hehehe

6 KomeN pada :“ Demam? H1N1 ”

aduhai..harap2 bukan H1N1~

jgn lupa banyakkan rehat dan makan ubat tau?

make sure makan ubat n rest cukup2. H1N1 tu virus, tp musim demam pun yek jugak now.aku pun jap ok, jap demam

Jgn lupa pi jumpa doctor..

ceh aku ingat tu gamba ko demam. saspen betl la ko ni!

Salam BUDAKHUTAN.. mm..demam lagi..?hopenye dah sihat la..mtk2 bukan H1N1..demam biase je kot.. skang pun cuaca tak elok..kejap panas kejap ujan..tu yg boleh jadi tak sihat tu..banyakkan minum air masak : ) take care okey..

Wah..>Trimas pada semua yang sudi tinggalkan komen dan priohatin..tenkiu tenkiu...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin