TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2009-06-12

Ambalat ? Ambuyat ?


AMARAN : Ini penulisan serius bukan dari Sirius Black

"Sesungguhnya , Ambuyat itu lebih elok dimakan secara beramai - ramai , kerana amatlah terasa sedapnya bila kita saling kuis menguis dan cecah mencecah lauk dan sambal yang ada"

Kes Ambalat mungkin kurang mendapat liputan di Muka Depan media massa di negara kita ni. lain pula kisahnya dengan di negara seberang. Isu tersebut di'api-api'kan , seolah seperti pencerobohan Israel ke Palestin , atau pencerobohan Amerika ke Afghanistan dan Iraq , dan juga kecoh seperti kejadian mengejar 'OSAMA'. Di alam maya , blog2 dari rakan2 sebelah sana ada yang membuat kenyataan2 yang jika terlalu di ambil pusing boleh menyebabkan retak ukhwah dan mengguris perasaan sesama rumpun se-Asia...

Propaganda , diboneka , di perbesar kan... itulah pendapat peribadi aku... aku tidak menyalahkan atau menuding jari ke arah mana - mana pihak , tetapi sedikit kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang sengaja mengambil kesempatan dari isu ini...

'GANYANG MALAYSIA' itu lah juga di antara slogan yang dari dulu dilaungkan dan kini diperhangatkan kembali. Lebih hangat dari biasa! (eh..ter promo plak) Apakah dengan saling melontar kata-kata keji dan memprotes , vandalisme , hacking ( dikatakan terdapat beberapa website dari Malaysia menjadi mangsa ) , membuatkan sesuatu masalah itu selesai? Kononnya , terdapat juga mereka yang sanggup berjuang habis-habisan dan sedang mempersiapkan diri untuk PERANG!. Jika itu terjadi apa kesudahannya? HIDUP SENANG LENANG ? tidak! ianya akan membuatkan ekonomi sesebuah negara atau rantau tersebut lumpuh dan terpaksa merangkak semula untuk mengejar apa yang sepatutnya telah boleh dicapai...

Adakah perlu di kalangan kita rakyat Malaysia , membuat protes besar-besaran di hadapan kedutaan mereka ? melontar kan kata2 keji ? membantah kemasukan pendatang tanpa izin yang lebih jelas 'menceroboh'? atau tembak sahaja jika ternampak mereka di sempadan atau di mana-mana wilayah berdaulat Malaysia? Jawapannya mudah - TIDAK ! kerana kita tidak hidup di zaman barbarian , cuma mungkin konsep nya masih sama sekarang ini..siapa kuat dia lah berkuasa... dan itu lah cuba dibuktikan oleh beberapa kuasa besar di dunia ni.. ( eh..lari tajuk )...

Kenapa tidak kita membawa sepanduk , BERSIHKAN ALAM SEKITAR ! atau SELAMATKAN DUNIA SEMAKIN UZUR! . Kenapa tidak kita bersatu memperkukuhkan kedudukan Asia sebagai satu kuasa besar? atau ASEAN sebagai antara kuasa dominan dunia? Hulurkan bantuan sesama kita ... berkongsi dan bersama memajukan satu sama lain... Malangnya , konsep pecah perintah adalah strategi yang tak pernah lapuk dek hujan dan panas mahupun ditelan zaman. Hanya dengan hasutan / fitnah dan konspirasi, pun boleh menjatuhkan tamadun yang hebat. Benarlah kata bidalan , kerana 'mulut' ,'badan' binasa !

Jika benar isu mineral / galian / minyak yang menjadi rebutan, maka kedua belah pihak gunakanlah saluran yang betul. Mana kala sebagai rakyat , perlulah bertindak bijak, dan fikirkan baik buruk setiap tindakan.

Jangan mudah diprovokasi , kelak memakan diri
Usah biarkan diri dikuasai situasi , biarlah kita yang mengawal situasi

tidur malam ni jangan lupa basuh kaki , kelak nanti mimpi ngeri... hehehe
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

9 KomeN pada :“ Ambalat ? Ambuyat ? ”

ainah sadaapppp ne tawwwwwwww

i like...teringin pula nak makan ambuyat....:P

Lama tidak makan ambuyat.. betul tu kita kena selamatkan bumi dan alam sekitar.. if not, in next 50years semau ini tinggal history ja..

salam ziarah..ambuyat ni makanan org Brunei ye..pernah tengok dalam TV shj...

saya suka.. kenapa ramai pla orang2 sebut2 ambuyat ni? mengidam suda ni.

teringin nak rasa Ambuyat.... ^.^

Eezaleeza~sedap eh... ramai2 lagi sedap tu. hehehe
Bayuk~bah, apa kan di tunggu , menumpah tah.. ahaks
C.Alv.B~bah, apa lagi cari saja sagu tu.. membuat kita.. hehehe, yup, kita patut lebh concern ngan alam sekitar ni
Nohas~yup,kira makanan tradisi.. tapi semua pun boleh cuba... dah cuba baru tau.. nyum nyum
Kak Effa~kak misunderstood, bah sebelum balik ke seberang jgn lupa men try dulu ni
GC~sdah pernah makan kah tu?

ko punya penulisan ni makin mantap bro..
haha... pembukaan cerita pun memang killer...

sa suka tu nantung, natok, ambuyat, sagu dan macam macam lah nama dia..lol!

hehehe.. besa beas sija bah tu bro...

ala , kana kita urang asia ni mau berlapik lapik kalau bercakap atau sampaikan mesej...
tapi skeali sekala kasi tabur terus pun bulih bah tu...

sa pun suka makan..nyum!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin