TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2008-12-12

Aku Dibius Cinta !

ke hadapan pembaca blog dan pelawat yang budiman...

Selamat malam , dan selamat bulan duabelas

Adapun aku mengarang tulisan kali ini adalah untuk berkongsi dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Memang telah lama aku pendam perasaan ini. Rasa kekok untuk aku menaip bait bait huruf untuk terhimpun menjadi perkataan yang membentuk ayat - ayat yang akan aku ceritakan disini. Jatuh cinta atau hanya bertepuk sebelah tangan? Atau ini merupakan satu petanda sebagai satu lembaran baru dalam masa yang mendatang... biarlah masa yang menentukan dan aku hanya mencoretkan rasa ini....

hari ini adalah antara merupakan hari yang aku nanti nantikan. Sejak dari hari itu ... semenjak kali pertama, aku telah berjanji , sekiranya ada kali kedua akan aku 'bertemu' lagi denganmu... hehehehe.... macam karang surat buat kekasih chenta hati plak kan. Saja jak bah tu, mau kasi suspen kamurang. Amacam? okes ka ayat - ayat dibius cinta tu?

Yup, baru kejap tadi , aku balik tengok wayang , cerita apa? CICAKMAN 2 : Planet Hitam ! di 1Borneo. Aku pi tengok ngan adik aku c Man.

Muahaha... yup, memang kali ni aku mau kongsi dan luah apa yang terbuku di hati lepas tengok Cicakman 2. Memang lepas dari tengok Cicakman 1 ari tu, aku dah mula tertarik dengan konsep , idea dan mesej daripada brader Yusry KRU. cayalah bro! untuk meringkaskan apa yang menarik dalam CICAKMAN : PLANET HITAM kali ni, aku senaraikan ringkas dan padat.

YANG MENARIK
1. Aksi semakin bertambah. Cicakman mahupun watak antagonis.
2. Pemandangan , suasana dan cuaca di Metrofulus - menarik , tersusun , dan cuaca sejuk! best tu!
3. Watak Iman adik Danny - tak tahu kenapa , tapi aku rasa watak ni akan berkembang...hmmm dan... aku suka
4. Watak Cameo selebriti Malaysia - rasanya ramai, cuba korang tengok bebetul.
5. Watak Rrama ( Tamara )- boleh diperkemaskan dan diperbaiki lagi. Konsep menarik
6. Beberapa kesan CGI menarik - terutamanya part Ginger Boys
7. Elemen masyarakat majmuk - omputih cakap melayu! - " fuh, makan gaji buta"
8. Misteri watak ibu Danny - kenapa tak tunjuk muka?
9. Mesej Alam Sekitar - Sayangilah Sumber Air Anda !
10. Lawak spontan - aku dibius cinta...hahaha

YANG TAK OKES
1. Beberapa aksi berlawan - rasanya tak perlu CGI , lawan real lagi best, kan ada stuntman
2. Beberapa efek CGI terlalu ketara dan terdapat kelemahan...smooth tapi mcm something wrong
3. Fasha Sandha .... err..aku bukan tak suka, cuma macam tak best aa dia... cuba Nurfaezah Elai..hehehe
4. Orang kat belakang aku asyik tertendang dan menggoyangkan kerusi aku..apalah bro! tak hengat orang lain ker! taulah ngan awek..

hehehe... eapapun..itu antara komen aku, dan yang pasti , itu bukan kali terakhir, pas ni nak tengok lagi. Sebab time tengok tadi , rasa tak tertanggung lagik utk ke tandas...ades, terlepas gaklah beberapa scene....kacau!

Next time pegi , mau pigi try main bowling di 1borneo plak, satu aras jak tu ngan GSC... ahaks... worait ! 

Aku Dibius Cinta !

P/S - aku pernah cerita tentang CICAKMAN 2 sebelum ni...

15 KomeN pada :“ Aku Dibius Cinta ! ”

hehe.. bikin suspen oo ko ni.. ingat ko bersinta ni kunun.. :D lol.. how r u doing..? :P tbangun pula sa mlm2 buta ni.. :P panas.. lol ;) hehe.. ampt blogwalk laa kunun ni remy.. ;) hmm rock on!

hehehe... buli kasi jadi dalam list muvi yang mau ditingu ni..:)

kin panas tu selalu kalo ada urang tandang2 kerusi d belakang.. haih..

wahhh bila sy baca intro bikin suspen sj
sy ingat apa lah kunun hahahaha Cicakman 2 pula
wahh best kah niii...sy mahu p tinguk lah nanti
weee...pastu sy mahu post di blog sy

ish ko ni kan wei...wat suspen aku woo!! aku ingatkan dah leh mkn nasik minyak xlame lagi.wakakaka!!!!
bout fasha sanda tuh, aku nk ngaku ni. aku tak sker die!! muahahaa!!

hehehe... makes me read til the end..
my 1st time here.. nice blogs :)

Babak menarik: Cicakman 2

* Babak pergaduhan di rumah En Bakar terutama aksi pengawal keselamatan dihempas ke meja kaca dan piano.
* Hairi tidur pakai tali pinggang keselamatan.
* Aksi stunt motosikal antara Hairi dan Rrama. [Walaupun tak cantik. Tapi tetap menarik]
* Babak Iman yang dapat rasa kehadiran Ginger Ghost. Suspen. Macam cerita hantu.
* Aksi Linda Onn menoreh kulit muka. [Macam Mission Impossible]
* Babak Azwan Ali dan Dee.

Bacaan Lanjut

Lum tengok lagi ni,.... tapi gue suspen juga tadi... ingat betul2 kena bius cinta....

ui.. bagus oo ko kawan.. sa jarang dah p tingu wayang...hehe.. eventhough i got a cousin at there as a staff,, [leh piri-piri lai masuk tu.. :)] tapi, sa tetap jarang p sana.. mungkin sebab dah berfamily.. hehe..

wah tu pic budakhutan ke.......
kalau btl mmg kiut hehehe

ingatkan budakhutan nih yang dibius cinta..hehe
Emm,cicakman yang 1st dulu tgk gak kat wayang..yg 2nd ni kalau org kate best..nak gi tgk gaklah..!
..watak Iman adik danny tu siape pelakonnye?

Beck~ hehehe, suspen ka? naha kanap kau tebanguin malam2...kena bius jugak kali neh.

Kuai~ ya bah...trus sia pindah krusi seblah... kacau butul tu urang

Etavasi~Yes! lapas ko tinguk ko kasi komen aaa... apa pendapat ko...best ka tidak ka... ka ko tidur time tinguk..ahaks

Lizz~la..mana ada nasik minyak, naik minyak pun bulum... hahaha... fasha Sandha? err... Faezah elai la besT!

Alviana~thanx for ur visit Alviana... sudah tinguk Mr Cicakman ( ahaks...mana dah brader CICAK @ keningau neh)

PakcikQue~yup..sukung sukung... tak lama lagik kena wajibkan pakai tali pinggang keselamatan waktu tido kat atas katil.. hehehe

Bambangan~ macam kana bius kan... ades..tinguk a bro...best ni

Pirut~ Bleh bah bawak family tu...kalau sia ada family nanti.. sia bawa juga durang tinguk..hahaha... sia paksa durang...muahahaha

illaieylla~ Ahaks kak , budakhutan ler itu... waktu bekpes kat opes... awal datang so bekpes dulu..hehehe...sebab kena bisu chenta...nyum nyum

Nadine~ Watak Iman dilakonkan oleh Sharifah Amani... Nadine, bak alamat email.. nak bagi hadiah ntuk sesi dialog2 ari tu

suspension betul juga ko ging. sa mati mati ingat ko mau share cinta cintun ko..muahaha...

ko tia suka si Fasha Sanda yea? Macam sama ja kita nie... tapi sa suka dia kalau dia jadik ganas...

Salam adik yang macho ;)

Tu la ba... len kali kalau mo pi tinguk muvi, kasi buang dulu apa-apa yang patut. Rugi ba tu kalau terlepas beberapa scene. Hikhik.

Kengkaru~ hahaha, macam besinta ka tu? ades... dia jadik ganas? ades, macam tia best bah , tinguk jak dalam Kl Drift , tak ganas langsung, suaranya ayu semacam... kalau faezah elai.. mungkin best...hahaha

Puteri Ezza~ ades, salam akak yang chomel , :)
Ades..sudah juga tu buang apa yang patut, tapi tu panggung sijuk bah... hehehe

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin