TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2008-05-13

CUACA BURUK

Amaran angin kencang kat Sabah telah pun dimaklumkan pada jam 9.20 pagi tadi , sila rujuk link dari Jabatan Meteorologi . Amaran Angin Kencang dan Laut bergelora kategori Ketiga dijangka akan berlaku - berikut petikan dari kenyataan tersebut

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

"Angin kencang dari arah barat/barat daya dengan kelajuan melebihi 60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di kawasan Sabah Utara meliputi perairan Layang-Layang, Palawan dan Kudat dijangka berterusan sehingga Sabtu,17 Mei 2008.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, pelantar minyak dan aktiviti pantai."

fuh , kepada sesiapayang berada di kawasan tu.. berhati - hati lah yeak... and ntuk kita yang kat Kota Kinabalu pun ada warning gak... Kategori Kedua

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

"Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan 50-60 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan Laut China Selatan tengah, Kelantan, Terengganu, Sabah Barat dan W.P Labuan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Mei 2008.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perikanan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai."

eapapun kengkawan semua... berjaga-jaga dan bersedialah yeak... huhuhu, rumah yang disewa ni kat tepi pantai... pokok kat belakang rumah dah tumbang... tebing pantai dah terhakis , ada harapan kalu air pasang dan ombak kuat , masuk lagilah air laut ke rumah... *****

ades, terbayang bayang plak kisah tragis kat Myanmar dek hentaman Nargis...



6 KomeN pada :“ CUACA BURUK ”

huhuhu..Nargis:( Xmo pi main lari2 kat tepi pantai naa..bahaye..sabah byk pantai...kikiki!!

my dear friend :)
i have problem with my own domain name :(

please change my link URL back to
http://etavasi.blogspot.com

kena cuaca buruk juga ni saya

Lizz- ya bah.. banyak pantai neh... skarang neh pun tengah ujan lebat naa...
etavasi- okes my pren... orait bah if u (translation for - Bulih bah kalau kau)

> Artikel di blog Anda sangat menarik dan berguna sekali. Anda bisa lebih mempopulerkannya lagi di infoGue.com dan promosikan Artikel Anda menjadi topik yang terbaik bagi semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersedia plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!


http://cuaca.infogue.com/
http://cuaca.infogue.com/cuaca_buruk

banar tuh,,di tempat ku nih di sdkn,,2 ari sudah angin kuat jak,,membari takut bah

Infogue : trimas!

Ira : uiks , di Sandakan pun kuat jua angin nya ? Sandi jua tu

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin