TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2008-04-15

Hari Bumi SeduNia


HARI BUMI

Hari Bumi disambut kebanyakan negara pada 22 April. Ada yang memulakan sambutan bermula dari 16 hb sehingga 22 hb April. Objektif hari Bumi , adalah untuk memberikan kesedaran sejagat terhadap kepentingan kita untuk menjaga , memelihara dan memulihara satu-satunya khazanah kita yang paling berharga - iaitu BUMI.
Bumi ibarat sebuah rumah yang menjadi tempat untuk kita berlindung dan menjalani kehidupan seharian. Isu yang sering dicanangkan pada masa kini ialah PEMANASAN GLOBAL. Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita 'MANUSIA' untuk memastikan BUMI kita ini terhindar dari sebarang BENCANA yang diakibatkan oleh kita sendiri. Pencemaran demi pencemaran yang berlaku bermula dari kita sendiri. Masih belum terlambat untuk bertindak . Tindakan itu bukan sahaja hanya untuk KITA tetapi untuk GENERASI seterusnya.

SELAMAT HARI BUMI...


jangan lupa untuk menonton An InconVenieNt Truth yang akan disiarkan di ASTRO , Saluran 411 - HBO. Anjak kan pemikiran kita untuk lebih kritis dan serius tentang isu alam sekitar.

ahakz, serius plak aku dalam post kali ni. Mustilah bah kan , pesanan Sosial neh...
Jangan lupa tau...

0 KomeN pada :“ Hari Bumi SeduNia ”

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin