Tekanan bila menghadapi sesuatu seperti itu membuatkan diri terasa lemah dan dihantui tekanan. Semuanya serba tak kena dan mula berangkai. Hidup terasa umpama satu penyeksaan.
Tunggu ! Aku bukan mahu bercerita tentang hidup yang sengsara, tiada harapan dan hanya menanti MATI. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bak kata Jojo dalam Tasbih Cinta, "Aku sayang banget ama kamu Bella, aku tidak akan pernah mengalah"...(eh...iklan plak)
Ini penulisan yang panjang (berlatih bah ni). Harap ada yang sanggup membaca sehingga noktah terakhir.
PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF
Optimis dan bukan pesimis. Itulah kata kunci utama untuk menyelesaikan masalah.
1. Mungkin kenapa kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita adalah kerana kita tidak benar-benar mendalami dan mengenali masalah itu. Tak kenal, maka tak cinta (sekali lagi lari tajuk). Contoh, Masalah Kewangan- itu perkara pokok. Apabila berfikir tentang duit, kita mula runsing dan pening.
Pendekatan yang seharusnya adalah, menyenaraikan perkara - Kenapa ada Masalah Kewangan?
a- Perbelanjaan hidup / keluarga / tanggungan yang banyak
b- Banyak Pinjaman ( rumah/ kereta/ peribadi)
c- Bil utiliti tinggi ( air/ elektrik/ telefon/ astro/ internet)
d- Kos pengangkutan / minyak
e- Kos hiburan (wayang, makan di luar, percutian )
f- Diberhentikan kerja / mengganggur / gaji tak cukup
g- Ketagihan (ops...bukan setakat dadah, ketagih Coke pun ada la, ketagih baiekkk punya)
ok..kalau nak senaraikan semua memang banyakkan... ~_^ (contoh pun panjang sudah ni)
Selesai menyenaraikan punca-punca masalah. Tulis di atas kertas / dalam buku . Agar mudah untuk dirujuk semula dan mengetahui status penyelesaian masalah.
2. Kebiasaannya orang akan terus kepada penyelesaian utama.
"Aku MESTI cari kerja yang boleh dapat gaji banyak"
"Aku KENA buat kerja sampingan atau banyak kerja sekaligus"
"Aku MAHU buat pinjaman bank / along untuk selesaikan semuanya"
ataupun penyelesaian mudah~ "Aku perlu MEROMPAK / MERAGUT" (yang ini jangan buatlah!)
Tidak salah untuk terus kepada perkara yang dominan,tetapi ia hanya akan menambahkan lagi masalah anda.
Cari keutamaan dalam punca masalah dalam senarai anda tadi. Tuliskan cadangan penyelesaian untuk setiap satunya. Membaca atau cari penyelesaian melalui buku, majalah dan internet. Tonton rancangan berbentuk motivasi dan yang berkaitan. Pasti ada banyak kaedah penyelesaian masalah anda.
Ingat jangan menyelesaikan kesemua punca masalah sekaligus. Selesaikan mengikut keutamaan dan satu persatu."Step by step" seperti dendangan lagu New Kids On The Block. (^_^)
3. "Dua kepala lagi bagus dari satu" . Sentiasa bersikap terbuka dengan pendapat dan nasihat dari orang lain. Bincangkan masalah anda dengan seseorang yang anda percayai (ibubapa, suami-isteri, abang-kakak-adik,kawan,teman lelaki-wanita). Kalau perlu dan punya kewangan yang kukuh (untuk kes bukan masalah kewangan) boleh berjumpa pakar kaunseling / motivasi.Tidak semestinya mereka dapat memberikan penyelesaian secara total, tetapi sedikit sebanyak akan dapat memberikan buah fikiran dan idea bernas.
4. BERSABAR dan tidak perlu kecewa, berang atau putus harapan. Masalah takkan dapat hilang sekelip mata. Dua kelip...mungkin...hehehe
5. BERDOA dan BERTAWAKAL (berserah kepada Tuhan disertai dengan usaha)
p/s: Tiba-tiba pula jadi entry berkaitan motivasi. Kenapa ni? memotivasikan diri sendiri agaknya...ahaks.[ok..noktah terakhir]
6 KomeN pada :“ Bikin Masalah ! Selesaikan... ”
terima kasih, atas info tu. kaunselor free of cas ade tak..mane nak cari ek..yellow book ek?
Che Aina~kaunselor FOC? ada, kat tV, waktu rancangan motivasi bersama Dato' Dr.Haji Mohd Fadilah Kamsah di channel 106, ko telefon dia...hehehe
takpun..baca jak buku2 motivasi ~_^
haha bagus tol entri ni..suke2 :)
cian baby tu pun dilanda masalah kewangan ek ;p
mna ada mnusia xbmslah..org yg da mti pon stil bmslah jugak kn...apa yg pntg(bkn kerjsma k) tp ada sikp kita sndri
Alyssa~ baby tu tengah wat aksi, nak minta biskut ekstra ...hehehe.. momom ~_^
Diela~Yup, masalah mungkin tak selesai, tapi mungkin berkurang ~_^
ahahahah rumah takde astro! nget!!!
Post a Comment