"eh ko rasa teda urang tinguk ka ni?" bisik si Kuringut pada rakannya. Hingus yang meleleh ditariknya semula... "ennnngkh!"...
"aik! kau takut ka ni? enda staring ko ni!" marah si Molungis sambil menolak bahu si Kuringut.
"bukan takut bah! staring bah saya ni... campion lagi!" si Kuringut menepuk-nepuk dadanya sambil bermegah-megah. Sekali lagi hingusnya meleleh jatuh. "Silaka punya hingus! ennnngkhhhh!" ditarik hingus itu sekuat hatinya...slurppp! pantas masuk kembali, terkumpul bersama mukus itu dengan kahak di mulut, lalu di ludahnya... saki baki yang masih ada dilap menggunakan lengan baju. Baju kuning itu kini mempunyai corak baru. Unik sekali!
"eee... bikin gali oh kau ni Kingut! gali sia!" Jitukin yang dari tadi mendiamkan diri kini bersuara, meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan Kuringut yang dipanggil dengan nama pendek Kingut.
"kau mau kana tumbuk ka Jituk?! gali...gali... bukan saya kasi kana kau pun!" dengus Kuringut, penumbuknya ditunjukkan kepada Jitukin.
"uiii! tu pun mau begaduh kah? satu geng bah kita ni. Macam mana mau jadi penjaat profesional, bising oh! kenapatan nanti" Molungis yang berlagak sebagai ketua menjeling tajam ke arah kedua sahabatnya itu dengan dahinya yang berkerut. Tanda marah. Kuringut dan Jitukin berhenti dari adegan tolak menolak. Tak mahu mereka mencari pasal dengan Molungis yang saiz badannya jauh lebih besar dari mereka berdua. Lagipun dia kan taiko, mana boleh lawan taiko.
Molungis bercekak pinggang. "bah..yang mana satu kamurang mau? kasi tau sija, nanti saya ambil" tanya Molungis kepada gengnya yang berdua itu.
"ambil sija bah yang mana-mana. Kami ok sija ni, yang penting haro!" Kuringut menjawab bagi pihak Jitukin. Jitukin mengangguk tanda mengiyakan kenyataan Kuringut. Kalau diikut hierarki kesatuan mereka. Kuringut adalah timbalan taiko, pembantu kapten!. dan Jitukin pula soldadu biasa juga merangkap penolong kepada pembantu kapten. Jitukin tersenyum sendiri memikirkan pangkatnya. "ennngkh!" tarikan mukus Kuringut menyedarkan Jitukin dari lamunannya.
"kamurang tunggu sini, tinguk macam mana taiko buat! belajar aaa" tegas Molungis sambil menyapu-nyapu bajunya untuk menghilangkan sarang labah-labah yang melekat di bajunya selepas bermain tapuk-tapuk tadi. Kini dia semakin menghampiri gerai makcik penjual kuih. Ibu jarinya disapukan ke bibir. Gaya seorang taiko!.
"hebat oo taiko, enda takut lagi tu dia... macam biasa-biasa sija lagi tu" luah Jitukin kepada Kuringut. Bangga mereka. "ini barulah staring!" Kuringut mengiyakan.
perlahan-lahan Molungis mendekati gerai makcik penjual kuih. Kini dia betul-betul berhadapan dengan makcik yang sedang sibuk menggoreng kuihnya. Molungis berpaling ke kiri dan kanan. Keadaan selamat.Dia boleh bertindak. Dia sudah nekad. Misi harus dilaksanakan hari ini juga. Kalau tidak sia-sia dia dipanggil kapten.
"Selamat pagi Kak Lela. Wah! berseri-serilah kakak hari ini. Menggoreng kuih, tapi muka tak berminyak. Halus dan cantiklah Kak Lela" Molungis memuji dan menguntumkan senyuman manis kepada makcik itu.
"Kamu ini Molu, kalau tidak mengusik kakak, memang tak sah! Kamu mahu membeli kuih apa hari ni?" Kak Lela yang berusia di hujung 20-an itu membalas senyuman Molungis.
"Di pagi yang indah dan berbahagia ini saya mahu membeli Murtabak Ayam tiga dan kuih Kacang Hitam tiga. Murtabak Ayam hendaklah diletakkan sos cili, dipotong-potong dan asingkan bungkusannya. Supaya senang untuk dimakan dan dibahagi-bahagikan nanti" terang Molungis panjang lebar.
"Baiklah Molu. Itu sahaja?" tanya Kak Lela sambil tangannya ligat membungkus makanan yang diminta oleh Molungis.
"Untuk hari ini, itu sahaja Kak Lela. Kalau tak ada aral melintang, esok saya akan datang . Saya berharap agar esok tidak hujan, kalau hujan, tidak dapatlah saya mengubat rindu untuk melihat wajah Kak Lela. Sehari tidak bertemu, gundah gulana rasa dijiwa" usik Molungis sambil mengeluarkan not kertas lima ringgit dan diberikan kepada Kak Lela.
"Wah, bermadah pujangga kamu Molu. Nah, ini baki duit kamu, dan ini Kuih Terang Bulan. Kakak bagi percuma untuk kamu dan rakan-rakan kamu yang menunggu di situ" puji Kak Lela seraya menunjuk menggunakan ibu jari ke arah Kuringut dan Jitukin. Kuringut dan Jitukin melambai-lambaikan tangan.
"Terima kasih Kak Lela. Kak Lela sungguh bermurah hati dan baik orangnya. Patutlah setiap hari bertambah manis dan ayu Kak Lela. Nasib baiklah umur kita jauh berbeza sebanyak 16 tahun, kalau tidak, saya akan memikat Kak Lela. Sekali lagi, terima kasih dan jumpa lagi" Molungis cepat-cepat beredar, rasa malu tiba-tiba menyerang. Pipi dan telinganya terasa hangat. Pantas langkahnya diatur ke arah kawan-kawannya.
****
"bah .. jadi... macam? ok kah" Kuringut terus bertanya.
"ok bah! staring bah saya ni! senang baitu...macam..." belum sempat Molungis menghabiskan kata-katanya dia disigung oleh Jitukin.
"Kak Lela melambai tu!" kejut Jitukin pada Molungis dan Kuringut.
"Kenapa Kak Lela?!" tanya Molungis, sambil dia dan kawan-kawannya menghampiri Kak Lela.
"Hujan atau tidak, besok kamu semua kena datang sekolah juga. Faham!" gertak kak Lela sambil jari telunjuknya dinaikkan ke paras bahu.
Lekas-lekas mereka berlari anak menjauhkan diri dari gerai Kak Lela.
"Saya harap-harap saya punya Bahasa Melayu dapat A lah lepas ni" kata Molungis kepada dua pengikut setianya itu.
"Kenapa pula?" soal Jitukin kehairanan.
"eh... Kan Kak Lela tu cikgu Bahasa Melayu kita...Cikgu Lela" terang Molungis.
Jitukin dan Kuringut saling memandang sesama sendiri dan serentak menjungkit bahu. Hairan dan tak faham.
Molungis bersiul riang. Senang hatinya selepas misinya berjaya hari ini. Berbahasa Melayu dengan betul di hadapan cikgunya. Puji-pujian yang diberikan tadi pasti memberikan dia sedikit bonus untuk markah peperiksaan hujung tahun nanti. Dia yakin!.
************************************************************************
Moral dari cerita ni?...aaaa.... apakah?
************************************************************************
19 KomeN pada :“ Yang Mana Satu Kamurang Mau ? ”
wakakakakakakkaa.... penat aku ketawa... best plak baca cerita guna bahasa sabah ni tau... hahahaha
moral... bodek cikgu supaya dapat markah baik... hahahhaa
Adry @ http://www.adrysabry.com
Haha. Your Funny....
apa kata u ajar i amik pic cun2 mcm nie..bleh?lari topik jap..
hahaha..ingat ka mau mencuri tadi..nak ckp bm baku rupanye..haha
matabak jawa 1!
hee
ui2!ko jaga exam di likas?
nasib baik aku bukan di sana.hee
Adry~ hahaha...tunjukkan yg terbaik pada cikgu... sure cikgu berkenan... ahaks
Ahaks~ ko mau jadi si molungis? hehehe
Milikmu~eh... mungkin saya kebetulan berada di tempat yang sesuai pada masa yang sesuai ^_^ dengan sudut kamera yang sesuai...
Chokio~ staring kan... hahaha
Vi~bah study kah sudah ko? ahaks
Wakakaka...
so funny you.....
ui2.penjaga exam. tu copy ic bah teda kena kasi sah? ko rasa kena kick terus nda bole ambik exam?
nda sempat ni kasi sah.duhh
kenapa aku suka sangat bahasa sabah bah???hehehehe
hahaha lawak tapi xberapa faham loghat tu..huhu
AKU GELAk gila-gila punya. Nasib baik ramai kawan sabah
aduii na ingatkan dia mau buat apa...buat suspend jak la
tp kan lawak betul..nda sgka kak leha tu cikgu diurang
kak lela tu aku ke? tapi aku bukan cikgu bm...ghahaha
lusu baa.. tp nda tahan start2 suda brabis bercerita hingus tu. eiii.. geli..
Honeybuzz~macam siuk kalau buat cerita lucu2 ni..hahaha
Vi~ada sa kasi tinggal komen tempt ko tu ttg ni kan... amacam sudah?
LiZz~betul kah ni ? hehehe
kniedaz~ aiseh,tak faham yeak? masih yang biasa2 lagi tu..bulum lagi yang pakat berabis! ahaks..
Azman~nah geng, tu yang siuk kalau faham..hehehe... aramaiti gaman!
Diela~twist dan putar dalam penulisan, menarik... sedang bereksperimentasi... ~_^
Che lampu~tak..cikgu Lela kiut sket dari cikgu Neorul.. hahaha...
E~begitulah bah tu kalau serita budak2...hikhikhik....slurrp
Bah bah! Hahaa..adoi..sakit pewot.
Btw, cite pasal makanan nih buat Fana lapa laa :P
ouh!Mau menjempot VVIP datang memeriahkan majlis!
Hanafana~la..kenapa plak sakit perut ni? hehehe...lapar ka che?
wah..sepakah VVIP tersebut?
Post a Comment