TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-03-01

Selamat Tinggal...

"Mungkin senja hari ini, senja terakhir saya bersama dengan awak..." Amri menahan sebak didadanya. Dia perlu meluahkannya, walau bicara dibibir... tidak seirama dengan lagu dihati...

"Am nak pergi mana? pergi jauh?" Wawa bertanyakan soalan tanpa menoleh ke arah Amri, sambil dia membelek dan menghidu bunga Mawar putih pemberian Amri. Wawa tersenyum lalu ketawa kecil, dia gembira melihat bunga itu, harumnya mengingatkan dia pada sesuatu tetapi dia masih samar tentang memorinya sendiri. Apa yang dia tahu, mawar putih itu membuatkan dia senang dan tenteram.

Amri melihat tingkah Wawa dengan sayu. Dia memejamkan mata seketika. "Ya Allah... berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk melakukan ini" bisiknya sendiri. Ada air mata di hujung kelopak matanya, Amri menekup mukanya seolah berdoa lalu menyapu muka dan air matanya.

"Am ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tugasan kali ni memerlukan Am untuk pergi jauh dan untuk tempoh yang agak lama... oleh itu Am tak boleh lagi menemani Wawa" sambil dia tersenyum memandang Wawa.Bohong! bentak hatinya. Skrip itu telah diucapkannya berulang kali semalam . Senyuman yang terukir dibibirnya adalah untuk membuatkan Wawa gembira.

"Selepas semuanya dah selesai... Am akan balik jenguk Wawa kan? Lain kali, kalau Am datang, bawakan Wawa mawar putih banyak-banyak tau" Wawa membalas senyuman Amri. Dipeluk kemas jambangan mawar putih pemberian Amri.

"Insya Allah... Jika ada kelapangan dan umur panjang... kita akan berjumpa lagi" Amri mendongakkan kepalanya memandang langit. Dia mengetap bibir.

"Amri benci Wawa ker? Macam tak nak jumpa Wawa lagi bunyinya..." nada suara Wawa perlahan di penghujung ayat. Riak wajah Wawa seolah keliru dan memohon kepastian dari Amri. Dia menarik lembut lengan baju Amri.

Amri tersentak. Lalu menoleh ke arah Wawa.

"Tak...tak... bukan macam tu Wawa.. Am tak benci Wawa..Am sebenarnya say..." tak mampu untuk dia menghabiskan bait katanya itu. Wawa tidak boleh tahu perkara sebenar.

"wah... cantik sungguh matahari yang nak terbenam tu Wa... Di hujung kaki langit dan semakin rendah. Macam nak tenggelam ditelan bumi...habislah, tak ada lagi matahari untuk esok..hahaha" lekas-lekas Amri menukar topik perbualan. Dia berharap agar gurauan itu dapat mengalih perhatian gadis ayu berbaju kurung putih di hadapannya.

"Tak apa.. sebab pagi esok, bumi akan muntahkan semula matahari...hehehe" gelak manja dan manis Wawa itu membuatkan Amri tersenyum . Gelak tawa itu membuatkan hatinya lapang dan pada masa yang sama meruntun jiwa lelakinya.

"ehem", itu isyarat menandakan masa Amri bersama Wawa yang telah sampai ke penghujungnya. Amri menoleh ke belakang, seolah memohon kebenaran agar diberikan sedikit lagi masa untuk bersama Wawa buat kali terakhir.

Lelaki yang berdehem itu tadi menggelengkan kepala dan menyedut rokoknya lalu puntung rokok itu dibuang ke tanah dan dipijak sebagai tanda masa telah tamat, seolah memahami kehendak Amri dan dia tidak membenarkannya.

Amri tertunduk, lalu merenung seketika gadis disebelahnya yang sedang khusyuk melihat keindahan alam, sambil bibir comel itu terkumat kamit seperti menyanyikan lagu untuk matahari yang sedang terbenam.

"Wawa..hari dah semakin gelap. Wawa kena balik...mari" dia memusingkan kerusi roda Wawa. Amri menurunkan badan dan duduk melutut. Kini dia menghadap dengan Wawa,. Dikemaskan selimut yang menutupi separuh dari tubuh gadis itu. Seraya itu dia memandang wajah mulus, orang yang disayanginya itu... menatapnya untuk kali terakhir... untuk dipahat kekal di hatinya.

"Selamat tinggal sayang" bisiknya perlahan. Amri berdiri lalu menyorong Wawa yang berada di atas kerusi roda ke arah lelaki yang berdehem tadi. Amri menghampiri kenderaan lelaki itu, dan tidak mengendahkannya yang sedang berdiri di sebelah kanan, tempat pemandu. Langsung sahaja Amri ke sebelah kiri bahagian penumpang MPV itu. Diangkatnya Wawa untuk dimasukkan dan didudukkan dikerusi sebelah pemandu.

"Jangan lupakan Wawa tau... Selamat tinggal" Wawa berkata lembut sambil tanggannya sekali lagi menarik lengan baju Amri. Amri terkedu. Wawa melepaskan tarikannya lalu melambaikan tangan tanda salam perpisahan. Amri menutupkan pintu. Wawa menurunkan jendela lalu tersenyum kepada Amri.

"Sayang... bagi Saif bunga mawar tu. Kita letak di belakang ya, nanti tercucuk durinya" Saif yang dari tadi berdiam diri mengambil bunga di tangan Wawa lalu bergegas keluar dari kereta dan menuju ke bahagian bonet belakang kereta tanpa menunggu persetujuan darinya. Amri mengejar Saif ke belakang kereta.

Safi menjatuhkan bunga mawar putih itu ke jalan raya. Dia membuka bonet belakang dan berlagak seolah-olah memasukkan bunga itu disitu. Kemudian menutup bonet tersebut.

"Aku dah bagi kau peluang seperti yang kau mahu. Jangan ganggu dia lagi... kalau tidak" satu tumbukan padu hinggap di bibir Amri. Kepala Amri terpaling ke kanan dan dia terjatuh, tetapi dia sempat menggunakan tangannya untuk mengelakkan dirinya dari jatuh tersembam. Darah tersembur. Bibir Amri berdarah. Saif melangkah kembali ke tempat duduk pemandu. Wawa tidak nampak kejadian tersebut, dia masih melihat ke arah ufuk langit yang kini berwarna jingga.

Saif menghidupkan kenderaan dan terus memecut laju meninggalkan Amri yang bangun perlahan-lahan sambil menggunakan lengan bajunya untuk mengelap darah di bibirnya. Ironinya, di bahagian itulah yang di tarik oleh Wawa tadi.

"Jika ingatan dia pulih... dia masih akan membenci aku ..."

Amri berjalan lemah ke tempat dia meluangkan masa bersama Wawa tadi. Dia duduk disitu sambil melihat langit jingga yang semakin beransur gelap... air matanya menitis jatuh ke bumi....

bersambung...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahaks, dah empat rentetan kisah dari plot Andainya Ku Tahu ni...

oh ya... siri koleksi gambar sunset ni ada di Photoblog aku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

-SELAMAT TINGGAL -

Dan memang susah untukku pergi
Setelah bersama
Dan cintaku kepadamu
Tetap kan ku genggam
tapi saatnya telah tiba
untuk kita ...berpisah
Namun paras wajahmu dalam hatiku kekal...

c/o
Selamat tinggal... Selamat tinggal...
Usah ditangis... usah kau rindu
relakan kepergianku
selamat tinggal... selamat tinggal...

Walau ku pergi
kau tetap di hati
Cintaku ... kan kekal
Selamat tinggal...

ulang c/o

info:
Penyanyi : Ferhad
Tajuk : Selamat Tinggal
p/s: lagu rasmi untuk mereka yang tersingkir dalam Raja Lawak.. hehehe

4 KomeN pada :“ Selamat Tinggal... ”

gila la. berbabak-babak rupanya.hee

Vi~ ahaks... banyak babak.. sebak

greetings~
the only site yg ada lyrics ni, thanks ea.
i was looking for the mp3, wonder if u have it.

Munawarah~Check ur email ~_^

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin