TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-02-02

Sakit OTAK !


Sakit otak! Pening! kenapa? paling tak seronok kalau datang sakit kepala ni, kena makan ubat... bila makan ubat mengantuklah plak... bila bangun...sakit kepala balik... rasanya otak kena bagi jalan...paksa bergerak dan berfikir. Sakit juga tapi lebih baik dari tidur memanjang... tak produktif. Berapa hari dah tidur jadi kawan baik, kena bingkas bangun ...

Itulah bait-bait ayat yang merasuk aku. BINGKAS BANGUN. Aku sendiri tak suka dengan keadaan lemah macam ni. Macam aku cakap tadi, tak produktif, tak efisien, tak ada maknanya !... hehehe... macam orang 'psycho' lah plak..

Ok..ok... selepas aku tulis tentang 'Duit Paypal ke Akaun Bank di Malaysia' hari tu, banyak juga maklumbalas dan pertanyaan yang aku terima. Antara soalan best ,

1.Eh.. betul ka tu? tapi macam mana mau dapat duit tu?
2.Macam mana dapat duit online? Skim cepat kaya ka ni?
3.Berapalah banyak duit kau dapat?

Kalau nak terangkan secara ringkas, ya, betul! kita boleh buat duit online. Bukannya susah, tapi tak juga senang. Yang penting usaha dan kuasa minda. Kena yakin, tekun dan cekal beb... Secara rasminya aku akan buat siri-siri entri tentang cara buat duit online ni (nak panggil menteri ker ntuk rasmikan ni..hehehe)... aku bukan pakar pun... cuma berkongsi dan bertukar-tukar pendapat. Rasanya lagi ramai pakar di luar tu...

berbalik pada KUASA MINDA

Kita semua tentunya punya cita-cita dan impian yang ingin dicapai. Tidak kiralah sebesar mana pun cita-cita itu, semuanya bermula dengan lakaran kemahuan di minda kita. Tapi selalunya ada saja yang menghalang dan membantutkan perancangan. Putus asa dan gagal menguasai minda akhirnya membuatkan semuanya hanya menjadi angan-angan kosong...

Kita kena kuasai minda kita sendiri... Adakah anda menguasainya? Cuba lihat senarai dibawah, jika anda rasa anda salah seorang darinya...

1. Anda tidak pernah seronok dengan apa yang anda lakukan.
- sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu.

2. Anda mudah mengalah
- berundur terlampau awal bila berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

3. Anda bersikap provokatif dan negatif
- selalu menilai sesuatu perkara dari sudut negatif dan bertindak tanpa fakta sahih

4. Anda sentiasa fokus pada masalah
- tidak mencari punca dan penyeleseaian sebaliknya fokus pada masalah dan mencari salah

5. Anda sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara
- hilang fokus dan mudah terganggu untuk melaksanakan sesuatu

Aku pun taklah sempurna mana. Kadangkala terbabas juga dari konsistensi untuk mengawal minda sendiri. Sujud pada yang Esa , doa, tawakkal , usaha dan motivasi itu yang utama. usah mengalah pada diri sendiri.

Motivasikan diri... anda mampu melakukannya!

p/s: nak buat duit online... minda kena cekal.. hehehe

4 KomeN pada :“ Sakit OTAK ! ”

Hi Bro...do u anything about e-book? terasa boring pulak ni tau...ingat nak tulis buku....lain dari dari blog saya tu...
How to e-blog? tidak brapa paham bila baca kat tenet..
PENING KEPALA juga nih!

honeyBuzz~Hello Sis..
wah, kalau minat menulis ada advantage ni kak...
Kalau menulis dalam bahasa inggeris, boleh jadikan satu income online, hantarkan karya ke Amazon.com ntuk dijual dalam kategori ebook.
ataupun jika dalam bahasa Melayu, boleh mulakan perniagaan e-book, atau langsung saja hasilkan karya seperti novel / skrip...

Sis boleh email saya untuk kita bertukar-tukar idea dan pendapat

Oh gitu yer..tengkiu tengkiu...dah add kamu di gmail...

~_^ kalau ada soalan2 tu boleh lah tanya saya ya kak...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin