TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-01-10

Kenapa ?!!

Malam ini hujan renyai , guruh berdentum dan kilat saling sabung menyabung. gelintar cahaya kekadang menerangi kawasan ini. Jalan yang aku lalui tadi sedikit berair , tapi aku redah jugak . Entahlah apa yang bermain di fikiran aku skarang neh. Aku membiarkan diriku basah dengan air hujan. Aku memandang ke langit , “adakah memang tiada bintang di kala hujan merobek langit?” adakah itu simbolik pertanyaanku kepada diriku sendiri. “Adakah memang Kejayaan itu memang tiada di waktu bencana dan kesusahan melanda?”. Aku meneruskan langkahku … lemah menuju ke tempat duduk berdekatan. Hanya terdapat beberapa kelibat pengunjung di Pantai Tanjung Aru yang sedang menjamah hidangan di restoran berdekatan , ada sebilangan daripadanya kelihatan seperti pelancong dari luar Negara. Aku dapat melihat sesekali pandangan mereka teralih kepada ku. Ada di antaranya yang menggeleng-gelengkan kepala. Barangkali hairan dengan tingkahku.....
Terasa pipiku hangat dek air mata yang mengalir perlahan...bersama air hujan. Aku menangis? Ahh...tiada siapa yang dapat melihat . Biarlah ia mengalir keluar bersama sebak di hatiku ini.


^_~ ahaks! tu antara draf story andainya ku tahu di blog coretConteng aku...hehehe... Lama tul dah tu...dari tahun 2007 lagi. Kiranya karya pertama aku lah kononnya untuk menulis ni..ades~!. Suatu ketika dahulu, aku pernah menulis beberapa skrip untuk drama radio, Radio Sabah. Waktu tu aku masih sekolah lagi. Rasa seronok untuk menghasilkan karya. Fantasi, realiti dan mimpi seolah satu dunia yang sama... Oh ya! aku telah selesai membaca 9 Nyawa karya penulis thriller no.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Sepatutnya aku menunggu kiriman dari rakan, tetapi bentak hati memaksa aku untuk beli jugak di sini, sebelum perjalanan ke Sandakan dan Tawau hujung bulan lepas... komen aku? kena buat entri berbeza ni.. hehehe... dan aku tak sabar menanti kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri selepas ni... CINTA SUFI ...

Okes! dah update tentang ni di FB, tapi kena update ntuk blog gak. Alkisahnya, sebelum menonton wayang Sherlock Holmes pada Jumaat petang, aku menyinggahkan diri ke kedai buku dan sungguh aku tak dapat menahan gelojak nafsu untuk membeli buku. Akibatnya, dua buah novel menjadi mangsa. Delima Ranting Senja karya Siti Zainon Ismail; The Hidden Oasis karya Paul Sussman. Kedua-duanya untuk dikhatamkan Januari ni. Ahaks, kena atur masa bebetul ni...

Kenapa?! hehehe... hari Sabtu tu, pegi tengok Sherlock Holmes sekali lagi. Yup, aku memang suka siri penyiasatan ni. Karya penulisan Sir Arhur Conan Doyle ni klasik dan diadaptasikan ke filem dengan sentuhan sedikit moden.... dan sebelum menonton, sekali lagi aku singgah kedai buku Harris di 1 Borneo tu... natijahnya? dua buah lagi novel aku sambar. Kafka on The Shore dan Norwegian Wood hasil karya Haruki Murakami, novelis Jepun. Yup, yang aku beli ni terjemahannya, karang beli yang bahasa Jepun tak faham plak.. hahaha... majalah Gempak dan Utopia? memang dah baca dari dulu... owh, novel yang ni kena baca bulan dua karang, kalau tak, terlampau banyak input plak data kat otak ni kalau terus2 membaca... hehehe

p/s: aku sayang kamu....

5 KomeN pada :“ Kenapa ?!! ”

Sayang kat sapa tu? good you love book!! same as me..

berapa kali ko naktgk sherlocks? nak kene seligiko ni. haha...pergh aku terharu tgk ko baca novel2 tu weh..

cALVb~hehehe.. sayang semuanya.. ngehehe...yup...jatuh chenta kat buku takkan patah hati... cuma mungkin ...patahkan jari ntuk keluarkan duit dari ATM..hahaha

Che Neorul~ ala... aku ajak ko tak nak tengok..ahaks... baru start baca yang delima Ranting senja... fuh...

9 nyawa dah keluar rupanya! arrghhh.. gotta have it!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin