~"Saya tak perlukan awak ! Saya tidak mahu awak ganggu hidup saya... Saya dah tak CiNtakan awak lagi...Pergiiii! ", sejurus Wawa melafazkan ayat itu, tangan kirinya sempat menjiruskan air dari tin minuman ringan ke arah Amri. Kereta yang dipandu Wawa terhoyong-hayang di dalam hujan lebat, pemandu di lorong kiri membunyikan hon sambil menjerit marah kerana kereta Wawa hampir-hampir melanggar keretanya. Amri yang duduk di bahagian penumpang sebelah Wawa, basah dek jirusan air.
"Amri tak faham dan tak tahu kenapa Wawa jadi macam ni... Apa yang sebenarnya dah berlaku?", Amri cuba bertenang dan memujuk kekasihnya itu. Hairan dan terkejut dengan tutur kasar dan lagak bengis Wawa yang umpama ribut taufan tahap merah, Amri terkedu.
"Arghhhhh...Sudah! Saya benci awak! Saya tak cintakan awak!", bentak Wawa sambil menghentak-hentakkan genggaman tanggan kirinya ke stereng kereta. Kelisa yang dipandu Wawa meluncur laju di Jalan Pantai Teluk Likas. Pengelap cermin depan juga bergerak pantas agar penglihatan tidak terhalang oleh hujan.
"Wawa... bersabar Wa... laju sangat ni. Apa kata kita berhenti dan singgah dulu di Taman Awam dekat pantai tu...bo..", belum sempat Amri menghabiskan kata-katanya, Wawa menukar haluan ke kiri dan membrek kereta secara mendadak, berhenti di tepi jalan. Kepala Amri terhantuk ke tingkap kiri. Nafasnya turun naik laju, terkejut dan terkasima.
"TurunN!" tanpa menolehkan mukanya memandang Amri , Wawa menolak kasar Amri. Amri dengan tergesa-gesa menanggalkan tali pinggang keledarnya, tidak mahu memarakkan lagi amarah gadis yang dicintainya itu. Hatinya sebak, air matanya tertahan di hujung mata. Perlahan dia membuka pintu untuk melangkah keluar, tetapi sempat Amri berpaling memandang Wawa.
"Amri minta maaf kalau Amri ada buat salah dengan Wawa... Izinkan Amri pergi...", lembut bicara Amri sebelum dia keluar dari kereta itu. Sekejap sahaja tubuhnya menggigil kesejukan, hujan yang lebat membasahkan lagi dirinya. Lebih kurang seminit Amri berdiri di luar, dan Kelisa Wawa masih belum berganjak. Amri keliru, telahannya, marah Wawa telah beransur reda. Dia cuba untuk membuka kembali pintu kereta Wawa, tapi terkunci. Seraya itu jugalah, Wawa memecut laju dan terus masuk ke jalan utama.
"pranggggg!", sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar kereta Wawa dari sisi dan menyebabkan Kelisa itu terbalik dan terpusing beberapa kali.
"Wawaaaaaaa!" teriak Amri sambil berlari ke arah kereta Wawa.
"Skreeeettt....kranggg" sebuah motor cuba untuk membrek dan mengelak dari terlanggar Amri, tetapi terlambat dan akhirnya Amri terpelanting ke bahu jalan...
"Wawa...", pandangan Amri berpinar dan semakin kabur, dia cuba untuk bangun, tetapi rebah.
Hujan turun semakin lebat. Jalan raya berhampiran persisiran pantai itu berlumuran dengan darah dan bersepah dengan serpihan dari kemalangan tadi. Lalu lintas menjadi sesak dan trafik bergerak perlahan kerana ramai yang memberhentikan kenderaan untuk membantu. Ada juga yang sekadar berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Gelintar cahaya kilat menerangi senja yang kelam suram diikuti oleh guruh yang berdentum.~
-------------------------------------------------
fuh.... mata tak dapat lelap... nampaknya direct jakla ni... Subuh dan bersiap untuk pegi kerja...
Selamat Hari ISniN ntuk semua~
0 KomeN pada :“ Izinkan ku pergi... ”
Post a Comment