Tepuk .. tepuk...tepuk !!! sambil berdiri... Yup , tabik dengan Movie bertajuk District 9 ni. Tanpa menampilkan bintang2 bertaraf 'A' dari Hollywood , filem Sai-fai ( Sci-fi ) arahan Neill Blomkamp dan mendapat sentuhan Peter Jackson ini berjaya memberikan impak yang maksima pada aku. Errr... orang lain , aku tak pasti. Tapi aku suka + kagum + tertarik + teruja + pelik dengan filem ni. Ya , kesan Visual efek CGI nya amat teliti dan smooth , makhluk asing aka 'prawn' seolah hidup. Teknik penceritaan dokumentari + drama + aksi membuatkan aku terpegun , seolah kejadian di Johannesburg , Afrika Selatan tu betul dan sedang berlaku.
sinopsis
Kisah bermula , konon pada tahun 1990 , sebuah kapal angkasa besar tiba ke bumi dan tersadai di langit Johannesburg , Afrika Selatan. Pada awalnya, penduduk bumi panik , tetapi setelah 3 bulan menanti , tiada apa pun yang berlaku. Manusia pun mengambil tindakan nekad untuk menyelinap masuk ke kapal angkasa tersebut , dan terkejutlah mereka bila mendapati makhluk makhluk asing di dalamnya dalam keadaan sakit dan tidak terurus.
Makhluk asing yang juga digelar 'prawns' / 'udang' dan suka makan makanan kucing dalam tin itu ditempatkan di satu pusat 'pelarian' di bawah kapal angkasa induk mereka. tempat itu diberi nama DISTRICT 9.
Bertahun telah berlalu , 'pelarian dari angkasa lepas' ini mula menimbulkan huru-hara. Penduduk sekitar mula terasa rimas dengan kehadiran mereka. Aktiviti jenayah , keganasan serta seks antara makhluk 'bumi' dan 'angkasa' juga semakin berleluasa. Kehadiran gangster Nigeria yang melakukan urusniaga haram dengan 'prawns' menambahkan lagi kerisauan pihak berkuasa dan penduduk setempat.
2010 , kemuncak kejadian apabila MNU (Multi National United) sebuah agensi kawalan swasta dipertanggungjwabkan untuk mengendalikan kehadiran si udang. Walau bagaimanapun , MNU tidak berminat sepenuhnya dengan keseluruhan proses pemindahan udang udang ke kem baru DISTRICT 10. Mereka lebih berminat dengan teknologi persenjataan makhluk asing. Maka bermulalah kisah drama kehidupan Wikus Van Der Merwe lakonan Sharlto Copley yang mengetuai operasi pemindahan tersebut... Wikus tidak menyedari yang dia hanya dijadikan sebagai 'boneka' untuk operasi tersebut.
Satu kejadian yang tidak dingini telah berlaku dan menyebabkan Wikus berubah menjadi 'prawn'. Bermula dari tangannya yang bertukar menjadi tangan makhluk asing , sedikit demi sedikit perubahan berlaku pada dirinya. Wikus telah menjadi buruan MNU , Manusia dan Gangster kerana keunikannya itu...
apa? macam tak best sinopsis aku? adedes..takkan mau bagitau semua kan... enda best la kalu gitu... Sentimen 'perkauman' di kalangan manusia dan 'makhluk asing' dalam cerita ni sungguh kuat , dan menunjukkan betapa kita manusia masih lagi bersikap prejudis dan memandang rendah kepada mereka yang berada di bawah. Telor bahasa yang dituturkan juga menarik perhatian aku , macam ada ke-Australia-an sikit.
Penamat cerita ini sungguh menyentuh hati , penantian satu penyeksaan...
Aku berharap agar ada lagi sambungan Filem ni. Rasanya mesti ada , sebab Christopher janji akan kembali selepas 3 tahun...
Wah, panjang entry kali ni... macam review filem plak... nak tengok lagi nanti
anyway... berbaloi tengok cerita ni... pada pendapat aku ler...
oh yeak! SETEM pun kira mantopppp! 3 kali aku tengok
7 KomeN pada :“ Daerah Ke-SembilaN ”
mau pi tengok ni..,tapi teda kawan huhuuu..di 1B lagi tu
best ker citer ni wak? Mau pi tengok la weekend ni...
CalVB~ undui , kesian jua eh, ko bawa la kazen2 ka , geng2 ka.. ko bawa sia ka.. hehehe
Am~ boleh gak tahan cerita ni , kalu minat saifai , ngam tinguk ni
alah, dh nak pose dah..camner nk tgk ni.huhuhu.
VCD aje lah yek.hehehe
wah wah, bukan main, hehe, go go tonton lagi, erk, ramadan dah masuk da
Lizz~ Ala , posa pun bleh tengok bah tu..hehehe
FadZ~dah tonton kali ke dua ari tu..fuh... yup, selamat ramadhan FadZ
aku 5/5 ,, citer ni cm menyindir amerika?? kau perasan x?? its about racism.. yg berlaku antara amerika dgn palestin. and mcm2 lg,, dia nye alien pun real,, citer ni memng marvelous lar, =)
Post a Comment