Dari satu episod ke satu episod kehidupan, tahun 2025 ini betul-betul memberikan banyak impak dalam kehidupan.Kejadian demi kejadian menimpa-menimpa. Semua orang ada 'musim' jatuh dan bangunnya. Cuba bertahan sebaik mungkin. Walau jiwa dan akal penuh dengan kebobrokan dan terhakis dek kekalutan, kekusutan. Terima kasih yang sudi berpesan-pesan dengan kebaikan. Terima kasih yang sudi bertanya khabar. Terima kasih yang sudi membantu.
Disini aku hanya sekadar berkongsi rasa dan apa yang ada di kepala. Lama benar tidak menulis dan menaip di blog ini (blogger) , sebelum ini ada laman sesawang ku di budakhutan.com, dan itu juga terhenti angkara masalah yang di luar kawalan. Hilang semuanya. Jika aku tidak silap rantaian 'gangguan' ini bermula di hujung 2023 sehinggalah sekarang. Banyak yang hendak diceritakan di sini. tetapi agak sedikit privasi. ya. aku sedar. apa yang ditaip disini, boleh dibaca oleh semua orang yang mahu membaca... dan daripada semua yang mahu membaca, belum tentu semuanya akan mengerti dan faham Tidak. Aku tidak memohon dan meminta simpati. entah masih relevan atau tidak untuk ada blog dan menulis panjang sebegini, di waktu 'dunia' mahukan sesuatu yang pantas, segera dan tidak berjela-jela. Insya Allah, mana yang boleh diceritakan, akan aku ceritakan satu hari nanti. Adakah aku akan terus mengisi blog ini? mungkin





0 KomeN pada :“ 2025 ! APA SUDAH JADI? ”
Post a Comment