TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

  • Sukar Tapi Aku Cuba - Sudah Februari ! Wah… sebulan telah berlalu ditahun 2017. Apa sudah yang aku dapat capai dan buat dalam tempoh sebulan tu? Kalau ikut senarai yang aku buat...
    6 months ago

2010-03-03

Makhluk Berbulu Menjelma di Bulan Purnama!

Malam itu aku rasa sedikit berlainan dari hari-hari biasa. Seolah ada perkara buruk akan berlaku. Semuanya serba tidak kena. Hati aku gundah gulana. Panas! ya... itu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan dan keadaan aku ketika itu.

Pada awalnya aku ligat mengetuk-ngetuk papan kekunci. Menzahirkan apa yang berlegar di otak ke monitor komputer. Sesekali aku menjenguk keluar. Masih awal lagi, Isya' baru sahaja berlalu. Suasana persekitaran kawasan perumahan senyap dan sunyi. Hanya unggas dan cengkerik yang membuat persembahan bersama pada malam itu... iramanya kadang melalaikan.

"Auwwww~~~" lolongan anjing yang panjang memecah kesunyian. Seperti ratapan seorang wanita yang meratap penuh hiba. Lolongan itu bersahut-sahut. Aku kuatkan bunyi lagu Heartless dari The Fray. Lagu yang sama kemudiannya dipopularkan oleh Kanye West disusuli oleh Kris Allen. Ahhh... aku mula melalut... melayan perasaan...

Aku turun ke bawah dengan niat untuk ke dapur untuk membancuh kopi. Setibanya aku didapur, aku terlihat kelibat aneh di luar jendela. Makhluk berbulu ! aku tersintak dan tidak bergerak... makhluk berbulu itu merenung tajam sejurus menyedari kehadiranku. makhluk itu meremangkan bulunya dan berlagak seolah mahu menerkam ke arahku. Ia semakin menghampiri dan dibelakangnya wujud satu cahaya yang unik... memukau aku.... makhluk itu menderam... alamak!

Aku kecut! dengan pantas aku berlari ke atas. Di manakah letaknya ayat-ayat suci itu... owh, aku letakkan di dalam almari... terlupa. Tapi bukan itu yang aku cari, aku perlukan 'senjata' aku dan segala kelengkapannya. Aku mesti buat sesuatu! Aku menoleh, khuatir kalau-kalau makhluk itu muncul dibelakangku....

Makhluk berbulu menjelma di bulan purnama!
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Snap! berjaya juga aku tangkap gambar kucing berlatar belakangkan bulan... hahaha. Kucing tu kewl jak bila aku amek gambar dia beraksi. Tapi serius! aku tak puas hati dengan kualiti gambar yang aku amek. Macam2 cara aku try ntuk amek gambo ni... turunkan speed, rendahkan shutter, letak lampu suluh... bakar kemenyan... eh... tapi..tak dapat kualiti yang best... tapi ntuk amek gambar bulan.. aku sedikit sukses...

Kucing beraksi di bawah bulan... eh... bukan awek seksi yang beraksi bawah bulan yeak!

meooow!

kucing ni tengah skodeng rumah sebelah... kalau-kalau ada santapan boleh disentap!

Gamabr bulan yang aku berjaya amek.. huhuhu... itulah tahap zoom terbaik dari kamera Sony DSC H3 aku... sebab tak puas hati ...maka aku guna mini teleskop ntuk menyelongkar permukaan bulan!

hasil skodeng anak gadis aka bulan , aku amek gambar dari lensa mini teleskop tu... bolehlah..

chantek owh tu sumandak... aku ada tukar lens lain supaya dapat tengok permukaan bulan dengan lebih jelas... memang kewl... ala... teleskop tu aku beli di toys r us... boleh pakai gak ntuk lepas gian tengok bulan!

chop2! tidak digunakan untuk mengintai / menyubuk / menskodeng anak dara pak Leman...
di jamin bersih!


kelengkapan persenjataan tahap 1... masih belum okes lagik...
tunggulah kalau2 aku boleh beli teleskop hubble tu... sebelum dorang musnahkan dan tamatkan perkhidmatannya..aku nak bida di e-bay..boleh tak?
kamera plak.. lepas ni mau angkat DSLR ... muahahaha...

aksi meneropong anak bulan... sok bleh raya dah!

aksi ganas dan ekstrem ini aku lakukan sebelum berlangsungnya Raja Lawak malam ahad hari tu (28.02.2010)... sib baiek telefon aku berbunyi, dan aku pun masuk dalam ntuk cek telefon...mesej rupanya..dari che Aina... hahaha...

alamak! sebelum aku tak dapat tidur lagi malam ni... baik aku pi membaca...
bah... selamat malam semua!

11 KomeN pada :“ Makhluk Berbulu Menjelma di Bulan Purnama! ”

Gambar kucing tengah skodeng rumah sebelah... ..I think it's the best shot here. Looks like a postcard. Nice!

cantikla gambar bulan..kena tukar lens baru leh tangkap gambar bulan sejelas itu..huhu..nk beli lens!

giler sedih!!!! aku sedih sebab aku penyebab ko stop tangkap gamba kuceng tu..adoiii..makhluk berbulu..ku ingin jadi seperti mu..merenung bulan, menggapai bulan..menemani bulan bintang..lalala...;( sorry i that disturbed u!

HoneyBuzz~hahaha... miau tu tengah skodeng... kalau2 ada momom yang boleh ditapau... ahaks... tekniu

KniedaZ~waaa...nak beli D90... huhuhu

Che Aina~ bah... sekali sekala tinguklah bah tu langit waktu malam, ni asyik tido jak... hahaha...

The moon look creepy to me..imagine yg bukan2 dah ni hehehe.. by the way nice shot

hak3x

poyo saja cita ini..
hahaha

Salam..
Cantik cantik!
Cantik pic bulan tuh!
Oh! Bulan..

Pergh dah angkat DSLR ke bro? Hari tu cakap blom!

CathJ~ macam mau jadik wolfman plak kan.. hahaha

becks~poyo ek? hikhikhik

Vi~kucing tu smart... pandai dia bergaya... tak sia2 aku upah dia..hahaha

Hanafana~ oh bulan... cam lagu yuna plak..

HamI~yup..hari tu blom, dan time amek gambo ni pun blom... baru angkat dslr hari jumaat lalu.. ~_^

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin