TERIMA KASIH
Untuk makluman anda blog budakhutan ini telah berpindah sepenuhnya ke
www.budakhutan.com
terima kasih di atas lawatan dan sokongan ~_^

cerita di budakhutan.com kat bawah

cerita di www.budakhutan.com

2010-01-14

ALLAH adalah TUHAN

"Tidak ada perbezaan di antara ALLAH dan TUHAN, kerana kedua-duanya adalah sama. Kuasa Yang Maha dalam segala hal. Pusat kepercayaan kepada ISLAM , KRISTIAN dan YAHUDI. Cuma yang berbeza adalah fahaman umat manusia kepadaNYA. Kepelbagaian mazhab dan takrifan dalam Islam, Kristian dan Yahudi seharusnya tidak mengubah hakikatnya bahawa kita menyembah Tuhan. Hanya pendekatan dan kaedah yang tidak sama"

Aku yakin... kenyataan yang aku buat di atas akan diberi 'tafsiran' berbeza mengikut kemahuan, kepercayaan, fahaman politik dan ideologi yang pelbagai. Mengundang amarah? biarkan... Kerana sesuatu harus diperkatakan mengenai isu hangat ini. Masyarakat tidak boleh dibiarkan tenggelam dan buta punca dengan permasalahan ini. Kejahilan dalam menangani isu sensitif ini hanya akan menjadikan PROVOKASI yang membawa BENCI.

Bakar/rosakkan Gereja? itu akibat fahaman sempit natijah dari 'perjuangan kolot dan radikal' bila akal dirasuk doktrin belot. Islam adalah agama yang penuh dengan keharmonian dan keamanan. Kita tidak disuruh untuk melakukan onar dan kebinasaan kepada kepercayaan orang lain.

"Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku"~ Surah Al-Kafirun, ayat 6.

"I (Allah) am the Lord, and there is no other; apart from me there is no God. I will strengthen you, though you have not acknowledge me"~ Isaiah, 45:5

ibarat "menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak", itulah yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak dan kepimpinan terutamanya. Kenyataan retorik, gimik dan polemik berbentuk provokasi tanpa bertunjangkan fahaman mendalam mengenai sesuatu isu hanya akan mencetuskan sengketa dan salah faham.

Betul... penggunaan kalimah ALLAH bukan milik Islam semata-mata.

Selesai siri pertama aku, ulasan mengenai isu ini...
nantikan siri kedua... Wassalam...

nota tambahan(17.01.2010):
untuk keharmonian dan keamanan sejagat aku tidak akan membuat sambungan kedua untuk ulasan ini. Maklumbalas yang diterima melalui blog, email dan facebook amatlah menggalakkan...

4 KomeN pada :“ ALLAH adalah TUHAN ”

The words also can make controversi.. I dont understand why people tend to spark the issue without thinking..then now violence some more.. ingat2 lah wahai teman..

I like what u hv written.
:)

CathJ~ Tenkiu ~_^

CAlVb~yup, y... bikin heran owh...bagus lagi sibuk2 pasal masalah ekonomi atau masalah PTI di Sabah ni... adei

MinsuloD~ thanks

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin